Tuesday 26 November 2013

5 kelebihan Vitamin C yang jarang diketahui

Ye ke? Well, maybe some of the facts u all dah tau... some u all belum tau... ada facts yang saya pun baru tau.. hehe... jom layannnn...

FACT #1: Simptom-simptom selsema yang biasa boleh disembuhkan dengan cepat dengan memakan supplement Vitamin C yang mengandungi bioflavonoid (cek label vitamin anda)

Bioflavoniod penting bagi tubuh badan untuk melawan jangkitan, kerosakan oleh radikal bebas, virus dan selsema biasa.

Kajian menunjukkan bahawa di kalangan mereka-mereka yang di bawah tekanan fizikal yang tinggi, pengambilan 1,000mg vitamin C setiap hari dapat mengurangkan kekerapan jangkitan selsema sebanyak 50%.

Tempoh selsema juga dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin C. Kedua-dua dewasa dan juga kanak-kanak mengalami selsema pada tempoh yang lebih singkat sekiranya mereka mengambil vitamin C secara tetap.


Psstt... Vitamin C Shaklee ada bioflavonoids tau :)


FACT #2: Jika anda mempunyai perut yang sensitif, ambillah supplement vitamin C yang "buffered" atau "sustained release"

Mereka yang mempunyai perut yang sensitif mungkin berasa tidak selesa atau pedih perut jika mengambil dos vitamin C yang besar untuk mencegah jangkitan virus yang akut. "Sustained release" vitamin C juga boleh membantu bagi mereka yang sensitif terhadap asid askorbik.

"Sustained release" bermaksud "Pelepasan bermasa". Vitamin C jenis "Sustained release" ini akan melepaskan sedikit demi sedikit vitamin C untuk membantu dalam penyerapan vitamin C oleh sel-sel badan. Sustained Release Vitamin C 500mg ini akan melepaskan 100mg vitamin C setiap jam. Ini bermakna perlindungan yang anda dapat daripada vitamin C ini adalah lebih lama!


FACT #3: Mengambil supplement vitamin C boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka

Masa boleh menyembuhkan apa sahaja luka. Tapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan supplement vitamin yang menggabungkan beberapa nutrien antioksidan (termasuk vitamin C) boleh mempercepatkannya sebanyak 20%.(sumber: webmd.com)

Sejak dari tahun 1937 lagi, pakar bedah di Harvard Medical school telah membuktikan kepentingan vitamin C dalam proses penyembuhan luka bagi para pesakit selepas pembedahan.



FACT #4: Vitamin C boleh mengurangkan alahan anda

Jika anda mengalami alahan, fokuskan untuk memakan makanan anti-histamina dan anti-keradangan yang natural, seperti Vitamin C.

Mengambil vitamin C dengan dos yang tinggi boleh menunjukkan kesan yang ketara dalam mencegah simptom-simptom alahan, khususnya demam alergi (pernafasan) dan asthma.

Vitamin C juga telah terbukti untuk mengurangkan sensitiviti dan reaktiviti saluran pernafasan kita terhadap histamina.


FACT #5: Vitamin C boleh memberikan perlindungan terhadap kanser-kanser yang tertentu

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa vitamin C secara umumnya melindungi kita daripada kanser. Ia meningkatkan fungsi sistem imun kita, yang boleh membantu tubuh kita untuk meneutralkan tumor awal.

Menurut National Cancer Institute (NCI), vitamin C boleh melindungi kita daripada kanser rongga mulut, perut dan esofagus yang boleh juga mengurangkan risiko wujudnya kanser rektum, pankreas dan serviks.


So apa tunggu lagi?? Jom jom jom order sekarang!! Kalau sakit masuk hospital lagi banyak kene keluar duit tau... Jadi apa salahnya keluar duit sekarang untuk menjaga kesihatan kite ye x?? :)




Wafee
Shaklee ID: 1072565
wafeeshaklee@gmail.com
012-3772115 (SMS/Whatsapp)

Wednesday 20 November 2013

Pengalaman Penyusuan Saya

Alhamdulillah.. Saya telah berjaya menyusukan anak sulong saya sehingga 2 thn.. Satu pencapaian peribadi yang sangat bermakna bagi saya... Tapi susah senang, pengorbanan, air mata yang telah jatuh, hanya saya je yang tahu... Huhu... Walau macam mana pun, saya tetap nekad untuk menyambung pula menyusukan anak saya yang kedua sehingga 2 thn, Insya Allah...


Ni la baby first saya... Dah anak dara dah pun sekarang :)

Set berpantang Shaklee

Salam.... Tahniah kepada you all yang baru dapat baby!! Or, yang akan dapat baby tak lama lagi :) Babies will bring you happiness, without having to do anything...Kan? Saya adalah orang yang paling gembira bila dengar ada baby baru lahir... Rasa nak nanges je... Huhu

Sebagai persediaan, jom kita tengok set berpantang daripada Shaklee...


Saturday 16 November 2013

Solat Tahajjud atau solat malam

Hati saya mula terbuka untuk buat solat malam ni baru a few months ago... Semuanya berpunca daripada status seorang rakan FB yang berbunyi

" Selepas ada anak kecil ni, selalu solat lambat... Tapi Alhamdulillah, dah start buat solat malam sekarang... Allah tarik satu nikmat, bagi nikmat yang lain :) "

Allah... Cukup terasa hati ini... Memang... Saya selalu bangun solat Isya' pukul 4 5 pagi... Sebab baby saya, lepas Maghrib dah terus 'ajak' tdo... Nak tdokan dia, mesti la dengan mamanya pn tdo skali... Hehe... Tapi dah bangun solat Isya' tu, tak buat pun solat tahajjud... Padahal time dah cantek tu.. Gangguan pun xde.. Sebab semua dah tdo... Dah ada anak kecil ni, semua plan serba tak menjadi... Waktu Maghrib pun, selagi babanye tak balik masjid, tak dapat la saya nak solat... Kalau dah lambat sgt, terpaksa la saya solat sambil dokong baby....Boleh je sbnrnye... Cuma terganggu konsentrasi :(

Terus saya google cara-cara nak solat malam ni... Yela, sebelum ni  tak pernah buat, tak tahu apa pun... And malam tu saya tekad untuk bangun solat malam... And Alhamdulillah... Sampai sekarang, almost every nite la saya buat solat malam...

So kat sini saya nak share cara-cara nak solat malam... Sebab kalau google banyak sangat caranya, and very confusing... Di sini saya dah compile cara yang paling common... 


Cara-cara Solat Tahajjud

Tahajjud berasal daripada perkataan Hajada... Yang bermaksud bangun dari tidur, mengorbankan tidur kita dan berjaga di waktu malam.

1. Baca doa sebelum solat tahajjud



Maksudnya: "Tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Maha sucilah Engkau. Aku memohon ampun kepada Engkau bagi dosa-dosaku dan aku memohon kepada Engkau akan rahmatMu. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan janganlah Engkau memesongkan hatiku, sesudah Engkau memberikan ku hidayah. Dan limpahkanlah rahmat dari sisiMu, bahawasanya Engkau adalah Tuhan yang maha Pemberi. Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami, setelah mematikan kami dan hanya kepadaNyalah tempat kembali"


2. Niat





Maksudnya: "Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala."


3. Mengerjakan solat sunat dua rakaat. Rakaat pertama bacalah surah Al-Kaafiruun selepas Al-Fatihah dan rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas selepas Al-Fatihah.


4. Pada sujud yang terakhir, selepas membaca tasbih, bacalah doa yang berikut tiga kali.





5. Selepas salam, bacalah doa yang dibaca oleh Rasulullah ini:


Maksudnya: "Ya Allah! Jadikanlah di dalam hatiku cahaya, pada lidahku cahaya. Dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya, dan jadikanlah pada penglihatanku cahaya, dan jadikanlah di belakangku cahaya, dan di hadapanku cahaya, dan jadikanlah di atasku cahaya, dan dibawahku cahaya. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang gemilang!"


6. Kemudian disambung dengan doa yang berikut.



Maksudnya: Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah cahaya langit dan bumi dan segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah Penguasa langit dan bumi dan segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam! 


So there you have it. Kalau ada custom doa, boleh doa di antara step 5 dan step 6... Atau dalam sujud terakhir tu pun boleh... Time tu mustajab doa...

This is the basic.. Nak buat lebih pun boleh... Solat die simple je sbnrnye... The real cabaran is to bangun malam tu... Time tu org tgh syok tdo x igt ape... Tp bile kite dh dpt kekuatan utk bgn tu, Masya Allah... Tak tergambar perasaannya... Sangat best... You have to experience it for yourself to believe it :P

Orang yang dah start bangun solat ni, setiap kali malam tiba, mesti excited... Excited sebab nak bangun malam tu... Cuba bayang, kite dengan Pencipta kita je... Face-to-face... Boleh mintak apa sahaja.. Sapa tak nak kan... Tak perlu la nak kata tak sampai seru lagi ke, tak dapat hidayah lagi ke... Enough with the excuses... The real enemy is ourselves sebenarnya... Kalau kita dapat lawan nafsu kita tu, we will be a better person... So jom tanam niat nak bangun solat malam ni ^_^


Wafee
Shaklee ID: 1072565
wafeeshaklee@gmail.com

012-3772115 (SMS/Whatsapp)

Thursday 14 November 2013

Sebab KEDUA saya join Shaklee

Hehe... Saya nak start dengan sebab yang kedua.. Sebab yang pertama lain kali la saya cerita eh.. hehe...

Masa saya jadi student dulu, saya ada beberapa kali menghadiri perjumpaan MLM... Saya memang minat berniaga daripada kecik, jadi ramai yang nampak saya sebagai prospek kot... Hehe... Saya pernah jual topup, jual kerepek... Sekolah rendah pernah jual gula-gula, klip rambut.. Hehe... Saya memang minat sangat la berniaga ni... Anyway, setiap kali pergi ke perjumpaan MLM ni, yang selalu disogokkan adalah "financial freedom"... Yang selalu digunakan sebagai pancing ialah, tengoklah kereta-kereta kami.. Semua mewah-mewah... BMW, Merc, Volvo... Ferrari yang limited edition ada 5 je dalam dunia ni pun ada... Muda-muda dah boleh pakai kereta macam ni... 




Yang dicanang-canangkan ialah saya breakfast di Singapore, lunch di Paris, dinner di London and balik tdo di Malaysia... Saya boleh pergi ke mana sahaja saya nak pergi... Tak perlu pikir 2 3 kali...



Pergi sana pun, semua orang pakai smart-smart... Pakai kot, pakai tie... Agaknya pakai macam tu je kot boleh jadi kaya...



Yang ditekankan ialah head-count atau head-hunting... Tak perlu ramai-ramai, dua orang dah cukup... "Kaki" kiri dan "kaki" kanan... (Tapi lagi ramai, lagi cepat naik)...Then kaki-kaki kita tu pulak perlu mencari kaki kiri dan kaki kanan mereka... Ada yang kita tak perlu buat apa-apa, just bawak je kawan-kawan ke pusat mereka... They do all the talking...



And harganya... Ya Ampunn... Memang mahal-mahal OK... Saya sebagai student memang tak mampu la... Boleh pulak disuggest pinjam dengan family ke, buat loan ke...

Berlainan dengan Shaklee ni, saya dah study Shaklee ni dh a few years sbnrnye... Mula-mula tertarik dengan Shaklee ni, sbb nampak ada 1 housewife yang posing sebelah bunting yang ada tulis Shaklee besar-besar, n apparently dia akan berlepas mengerjakan Umrah yang ditaja oleh Shaklee... (The housewife tu dah selamat dapat 5 angka pun setiap bulan.... Housewife pun boleh tau)... At that time, saya terfikir, eh, jual Shaklee je pun boleh g umrah? Sbb masa tu sy xtau pun Shaklee ni MLM... Igt SID-SID semua tu jual brg je... Recently baru saya realize yang Shaklee ni MLM... Tapi pelik kan... Takde pun promote kereta besar-besar, takde pun promote duit berkepuk-kepuk... Takde pun kene cari orang...

And one of the reason yang menarik saya ialah mereka-mereka yang join ni kebanyakannya terdiri daripada kaum ibu, bertudung litup sopan je... Siap ada yang dokong baby lagi... Bila saya tengok dorg ni, dlm hati cakap, eh macam boleh geng je..hehe... Sebab my babies are my everything..(Besides their baba la..hehe)...Kalau boleh, tak nak berpisah langsung dengan diorang tu...




Contohnya mereka berempat ni... Monthly earnings > 50k sebulan... Ada yang dah jadi jutawan dah pun... Tapi so down to earth... Macam diam-diam ubi berisi gitu... Hehe

And Shaklee pun, as an MLM, tersedia di depan mata... Anda nak join, join... Anda tak nak join, takpe... (maybe next time..hehe)... Whereas MLM-MLM lain yang saya pernah pergi dulu, you have to decide now... It's now or never... Kalau dah balik rumah, dah takde dah peluang ni... Dengan Shaklee I can take my time to think and review everything before I decide to join and pursue in this business... I have the freedom to decide...

And lagi satu, semua tu boleh dapat je dengan Shaklee... Kereta besar, travel sana, travel sini, duit bertingkat-tingkat... Tapi my point is, bukan itu yang ditekankan di dalam Shaklee ni... Di dalam Shaklee ni, di bawah guidance mentor-mentor yang dah berpengalaman, amalan rohani dan juga sharing konsep sangat dititikberatkan. Dalam Shaklee ni, amalan bersedekah dan berkhalwat dengan Allah sangat ditekankan...

Dorg ni semua boast dengan ape tau... Dorg bangga dapat bagi ribu-riban pada mak ayah... Dapat sedekah 4 angka pada badan-badan kebajikan... Dorang bangga dan gembira sebab dapat tolong customer masing-masing menyelesaikan masalah-masalah kesihatan yang mereka hadapi (Biiznillah)... So, yeah, sape tak nak kan... (Lama dah saya idamkan nak bagi at least 1k pada mak ayah saya)... After all, lebih banyak kita touch life orang lain, life kita sendiri akan lebih bermakna tau...

So guys, fikir-fikirlah ke mana arah tuju hidup kita ni... Macam mana corak hidup yang kita nak... Kalau rasa nak join kami, bolehlah contact saya ye... Nak tanya-tanya dulu pun takpe... Saya sedia membantu ^_^

*Gambar adalah hiasan semata-mata.





Jom join keluarga Shaklee kami!



Wafee
Shaklee ID: 1072565
wafeeshaklee@gmail.com
012-3772115 (SMS/Whatsapp)

Monday 11 November 2013

BANYAKKAN MINUM AIR

Fuhh... Saya paling pantang dengar ayat tu... huhu... Believe it or not, sebelum ni saya langsung tak minum air masak... Rutin seharian saya, pagi2 minum milo ais secawan... And seriously, pak cik kat kafe yang saya breakfast every morning buat milo ais memang kaw... Manis gileee... Lunch time saya akan minum teh/sirap ais with limau... Limau tu tambah konon-konon supaya lebih sihat la, tapi tak pasti la to what extend.. huhu... And bila dah balik kerja, kat rumah, jus-jus buah dalam kotak je yang saya rembat.. Tak ada langsung air masak okaay...

Tapi sekarang saya dah insaf ^_^... Baca punya baca, study punya study, I decided to minum air masak... Ada yang kata kena minum 3-4 liters... Ada yang kata 2-3 liters... Jadi saya amek minimum je... Hehe... 2 liters per day... Tapiii, tak semudah itu tau... This is what I have to do to "PAKSA" myself supaya banyakkan minum air...



TADAA... Hehe... Every day, saya akan bawak 4 botol comel ni ke ofis... Kena comel tau, kalau tak, saya tak minum.. Hehe... Setiap satu botol tu 500ml... Jadi total semua jadi 4 x 500ml = 2 liter... Tak cukup dengan tu, siap kene ada jadual tau... By 10am, saya kene habiskan satu botol... By lunch time, 2 botol.... By 3pm, the 3rd bottle, and sebelum balik kerja, kena habiskan semua 4 botol.... Hehe.. Dahsyat kan saya ni.... Hopefully u all lagi senang nak minum air masak ni ^_^ 

Sekarang, jom kita tengok 20 akibat kurang minum air...

1. Lemah daya ingatan (short-term memory)
2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

3. Kurang daya tumpuan

4. Tekanan darah menurun

5. Mengantuk - disebabkan oleh kurangnya jumlah oksigen yg sampai ke otak 

6. Lesu pada waktu siang

7. Sakit belakang

8. Dehydration

9. Sakit kepala

10. Memperlahankan kadar metabolisma

11. Sendi dan otot mengalami kekeringan

12. Meyukarkan penyingkiran bahan toksik

13. Meningkatkan keinginan untuk makan

14. Darah menjadi pekat

15. Mudah keliru

16. Degupan jantung meningkat

17. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

18. Kulit menjadi kusam

19. Air kencing menjadi pekat

20. Halusinasi 

So see, walaupun kita rasa kita tak sakit sebab kurang minum air, tetapi sebenarnya badan kita tidak dapat nak menjalankan fungsi rutinnya disebabkan oleh kekurangan air dalam badan... After all, 70% daripada badan kita terdiri daripada air.. Jadi, untuk keluarkan benda2 tak elok, toksik2, racun2, lemak2 dalam badan kita, kita kenalah gantikan air di dalam badan kita, betul tak? So jom sama2 kita buat azam baru k ^_^




Wafee
Shaklee ID: 1072565
wafeeshaklee@gmail.com
012-3772115 (SMS/Whatsapp)