Thursday 27 November 2014

Indah khabar dari rupa...

Pernah tak jadi macam ni kat you all?? Hehe

Tengok dalam gambar cantik je... Tapi bila buat sendiri... Tak jadi macam dalam gambar... Huhu





















Sumber dari says.com

Thursday 13 November 2014

Darah tinggi semasa hamil

Salam semua!

Saya selalu dengar keluhan rakan-rakan yang bila mengandung je, kena darah tinggi atau kencing manis... Sampai fobia jadinya nak mengandung lagi... Sebab apa? Sebab bila ada penyakit-penyakit ni semasa mengandung, ada risiko kena bersalin cesarean...

Tapi sebenarnya ada caranya... Ada cara untuk control, dan ada cara untuk mengelakkannya.... Tapi mula-mula, jom kita tengok risiko-risikonya dulu...

Apakah risiko menghidap darah tinggi semasa hamil?


  1. Kurangnya aliran darah ke plasenta > menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen yang disalurkan kepada bayi > perkembangan bayi menjadi perlahan dan kemungkinan bayi dilahirkan dengan berat badan yang rendah
  2. Placental abruption; iaitu kejadian di mana plasenta terpisah dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Simptom yang biasa adalah pendarahan yang banyak
  3. Kelahiran pramatang atau bayi terpaksa dikeluarkan sebelum tempoh matang
  4. Terjadinya pre-eclampsia. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada organ-organ yang penting seperti buah pinggang, hati dan otak.


Siapakah yang berisiko untuk kena darah tinggi semasa hamil?
  1. Wanita yang hamil kali pertama selepas umur 35 tahun
  2. Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi sebelum mengandung
  3. Wanita yang mempunyai sejarah pre-eclampsia dalam kehamilan terdahulu
  4. Wanita yang mempunyai migraine
  5. Wanita yang mempunyai keluarga terdekat yang mengalami pre-eclampsia semasa hamil
  6. Wanita yang terlalu kurus atau terlalu rendah
  7. Wanita yang hamil kembar (sumber:http://drzubaidi.com/blog/darah-tinggi-semasa-hamil/)

Tips untuk mengurangkan dan mengelakkan daripada terkena penyakit darah tinggi semasa hamil

1. Kurangkan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi. Contohnya fast food, ikan masin, maggi, makanan bergoreng dan lain-lain.

2. Banyakkan minum air fresh orange. Pastikan yang 100% juice ye! Buat sendiri lagi baik. Orange juice dapat membantu menurunkan tekanan darah, serta mengandungi vitamin C yang boleh mencantikkan kulit dan menguatkan imun badan. 

3. Banyakkan makan tomato, daun sup dan batang celery. Sayur-sayuran ini juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Sebaiknya, makan sayur-sayuran ini setiap hari!

4. Minum air asam jawa. Asam jawa juga baik untuk mengubati batuk dan sakit tekak. Ibu mengandung kan tak baik makan ubat-ubatan sangat...

5. Banyakkan bersenam. Senaman juga dapat membantu memudahkan kita bersalin nanti :)

6. Rileks, jangan stress-stress... Jangan buat kerja kelam-kabut, jangan buat kerja berat-berat... Don't overdo anything at all ok darlingss :)




Semoga dengan tips ini dapat menjadikan kehamilan anda sesuatu yang indah untuk anda lalui :)

Mohon Share jika anda rasakan tips ini berguna... Mungkin ada rakan-rakan anda yang mengandung yang memerlukannya!

Tuesday 11 November 2014

Alhamdulillaaah, akhirnya dapat jugaaak ^_^

Setelah dua minggu mencari, setelah 3 Giant diterjah... Akhirnya di Giant ke-4 saya dah temui apa yang dicari!! Hehe... Legaaa sangat... Nak tau apa yang saya nak sangat tu? Jeng jeng jeng...


Bread maker!! Hehe... Macam rajin sangat nak membaking kan... actually, bread maker ni memang untuk orang yang malas mcm saya... Hehe... Campak-campak je semua bahan dalam tu... Nanti bread maker (BM) ini akan menjalankan tugasnyaaa... Hehe

Inilah breadmaker saya! :)
Saya memang sangat suka makan roti... Semua jenis saya suka... Tapi dah ada BM ni, boleh la buat sendiriii.. Hehe

Sebelum ni tak tau pun kewujudan BM ni... A few weeks back, my colleague yang tunjukkan... Tapi dia tunjuk yang Panasonic... RM800 koo... Tak mampu den... Sekali nmpk dlm brochure Giant aritu, adaaaa... Murah pulak tu.. Ni saya beli tengah promosi RM199... Harga biasa RM239...

Mula-mula mmg tak yakin, sbb tak tau kualiti mcm mana... Tapi lepas tu, dok google-google, gali info, rupenya yang Giant punya ni, sama je dgn Elba punya... Cuma re-branding je... Tesco pun macam ni gak... Harga pun lebih kurang... So confident la sikit nak beli... Huhu

Nanti dah testing nanti saya share gambar k.... Ni tgh nak cari resipi-resipi yang best.... Tak sabar nak buat roti sosej... Tak sabar nak buat pizza sendiri.... Hehe... Kurang la keuntungan pizza hut & giant lps ni.. Kurang sorang customer pizza & roti dorg... Hehe...

Saya memang suke benda-benda yang memudahkan hidup saya ni... Macam Shaklee la.... Dah tak perlu risau sangat pasal taraf kesihatan kita... Semuanya dah improved lepas makan Shaklee.... Masalah sembelit anak, anak selalu sakit, masalah berat badan, semuanya dapat dikurangkan if not diatasi sepenuhnya :)

Hidup lebih mudah... Hehe... Pinjam tagline TM sattt...



Till next time ~