Monday 5 May 2014

Lecithin yang hebat

Asal-usul Lecithin

Walaupun sekarang, secara umumnya semua orang tahu, Lecithin ni berasal dari kacang soya, tetapi, tahukah anda, sebenarnya, Lecithin yang mula-mula sekali dikesan, berasal dari telur? Yup.. Lecithin pada mulanya dikesan di dalam kuning telur pada tahun 1805 oleh seorang saintis Perancis... Saintis tersebut telah mengekstrak satu bahan dari kuning telur, yang didapati mempunyai ciri-ciri emulsifier... 


Lecithin mendapat namanya dari lekithos, yang bermaksud kuning telur dalam bahasa Greek.

Sejak daripada itu, Lecithin memang diekstrak dari telur.. Sehinggalah, pada tahun 1930an, barulah para saintis menemui, bahawa Lecithin juga boleh diekstrak dari kacang soya...

Apa yang bagus sangat dengan Lecithin ni?

Lecithin merupakan sumber utama kolina... Kolina merupakan nutrien penting yang dapat membantu fungsi-fungsi normal sel-sel badan, metabolisme, hati, otak dan fungsi saraf, serta membantu mengangkut nutrien melalui badan. Kolina juga merupakan salah satu komponen utama membran sel.

Kelebihan Lecithin juga terletak pada fungsi emulsifiernya... Emulsifier bermaksud pemecah lemak... Lecithin bertindak melekat pada molekul-molekul lemak dan menyebabkan lemak-lemak ini terapung-apung di dalam darah dan tidak melekat pada dinding membran.







11 Kebaikan Utama Lecithin
  • Mengurangkan sembelit
  • Menggalakkan fungsi optimum otak
  • Memecahkan lemak & menggalakkan pengurangan berat badan
  • Menurunkan paras kolesterol dalam serum
  • Mengandungi asid lemak yang penting yang diperlukan oleh tubuh
  • Menghalang kejadian batu karang
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Mengawal tekanan darah
  • Memperbaiki masalah prostat lelaki
  • melindungi hati
  • Membantu mencegah masalah bengkak susu bagi ibu-ibu yang menyusu




Siapa Yang Perlukan Lecithin?

  • Pesakit diabetes/kencing manis
  • Mereka yang kurang daya fokus
  • Mereka yang ingin mengurangkan berat badan
  • Pesakit buah pinggang
  • Ibu yang menyusu
Wafee
0123772115

No comments:

Post a Comment