Monday, 13 October 2014

6 tips persediaan penyusuan bagi new mothers

Salam ibu-ibu dan bakal-bakal ibu semua... Enjoying your pregnancy? Mesti tak sabar nak tunggu baby keluar kan :)

Harini saya nak share sket tips penyusuan untuk persediaan bagi ibu-ibu yang baru nak melahirkan... Tak kira la anak first ke, anak ke berapa ke, nak menyusu ni, mesti bersedia dari segi mental dan fizikal...

Sunday, 12 October 2014

Cerita Raya Kami

Biar lambat, asal masuk gak cerita ni dalam blog... Hehe... Ni cerita raya kami... Tahun ni raya haji kami sambut kat Kelantan.. Aritu aqiqah kat KL, buat sekor kambing je untuk Fateh, so raya ni buat lagi sekor...

Tapi sebelum tu, jom kita bergambar dulu :)


Fateh's first jubah

Wednesday, 8 October 2014

Butterflies in my stomach

Expression butterflies in my stomach ni sebenarnya bermaksud berasa cuak, nervous, berdebar-debar, menggelabah dan sewaktu dengannya... Biasanya orang akan menggunakan ungkapan ni bila kena bercakap depan orang ramai, ataupun tiba-tiba terjumpa orang yang kita minat...

Tapi, today saya nak gunakan ungkapan ni, untuk maksud yang lain... Sebab this time, i mean it LITERALLY... Hehe... Sebab apa tau? Sebab saya dah rasa baby saya gerak!

Sebenarnya, dari last week lagi... Tapi macam caya tak caya... Sebab macam awal sangat je? Saya baru 14 weeks minggu ni... Tapi bila google2, ramai rupenye kawan2 yang rasa gak awal2 cmni... Cume first time mommy je yg lambat sket... Dari minggu lepas, dok perati perut masa mandi... Nampak berombak je... Kadang-kadang senget sebelah pun ada... Hehe

Rasanya, this the best part of any pregnancy... Yela, takkan la orang suke plak kalau mabuk2, loya2, muntah2 tu kan... Hehe... To me kan, this is the time yang mothers je boleh enjoy... Orang lain tak boleh... Orang lain boleh dengar je cite, tapi tak boleh rasa... Only mothers je yang rasa the sensation kan?

Rasa dia macam mana? Macam ada kupu-kupu dalam perut tengah terbang-terbang... Hehe...





Enjoying your pregnany? Jom cukupkan nutrisi anda dengan Set Hamil dari Shaklee :) 


Wafee
NakShakleeCariSaya
0123772115

Segmen Bloglist Exchange by Anne Nurain


Ok, first time cheq nak bersegmen-segmen ni... Hehe... Tengok Anne buat macam senang je... Hehe... So sebok nak join gak :p




Syarat-syarat:

1. Follow blog penganjur Anne Nurain (ni dah lama buat.. Hehe)

2. Buat n3 "Segmen bloglist exchange by Anne Nurain (tengah buat :p)

3. Tepek banner sekali dengan backlink (Weee... Dapat ilmu baru... baru tau macam mana nak backlink pada banner... Hehe.. Saya budak baru belajar)

4. Tag 3 orang blogger (so saya nak tag Kak Ana, Kak Linda & Kak Yati)

5. Tinggalkan URL n3 ini pada ruangan komen (will do bila dah siap... Hehe)

6. Buat bloglist baru yg ada blog penganjur & peserta2 (ni pun will do bila n3 ni dah siap... Hehe)



Done!! Jom join jugak korang :)


Tuesday, 30 September 2014

Taman Metropolitan, Kepong

Kids enjoy the simplest things... Even benda-benda yang simple, yang kita dah take for granted, is still something big for them...

Sape yang dok kat KL atau sekitarnya, mesti biasa dengan taman ni... Taman ni memang tempat main layang-layang.... Last weekend saya blk kampung saya, KL... Hehe... So Ahad tu kena la balik ke Penang sebab Mon tu kerja... Sebenarnya banyak tempat nak g Ahad tu... Tapi semua tak jadi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan :(

Monday, 29 September 2014

5 sebab mengapa saya pilih Shaklee

Saya memang minat bisnes... No doubt about that.. Pegi mana2 tempat pun, dok pk peluang bisnes je... Kita ambil contoh tasik titiwangsa kan... Betapa byknya peluang perniagaan yg ada kt situ je... Sewa basikal, sewa roller blade, jual makanan minuman, org yg pusing2 bwk minuman tu, hamster ball, now dh ada bubble booth plak... Eee, geram betul tgk bisnes dorg... Huhu

Today nak cite kenapa saya pilih Shaklee sebagai bisnes saya...

1. Mudah

First and firemost, sebab ianya mudah... Terus terang saya katakan, semuanya saya buat dr handphone, and sometimes laptop... Dari amek order kawan2, payment, sampailah ke submit order ke Shaklee... Bab order pada Shaklee tu je yg kadang2 sy buat kat laptop... Sebab kecik sgt nk tgk kt phone... Huhu... Tp boleh jeee...

Honestly, sy pernah bukak booth jual barang baby... Penat yg amat xboleh nk cakap... Tu baru 1 hari, xtau dorg yg memang everyday bukak booth... Tp tulah cabaran nak mencari rezeki... Huhu

Nak buat Shaklee ni senang je... Sambil baring boleh PM customer, xyah g bank blh cek payment dah masuk blm... Semuanya di hujung jari... Teknologi sekarang kan :)

2. Yuran keahlian yang rendah

Seumur hidup, anda hanya perlu membayar RM65 sahaja... Seumur hidup tau... Tak perlu renew2 dah... Mahal jugak? Ada caranya nak dapat join free... Just kumpul order dari kawan2, dapat 200uv which is lebih kurang RM650, dapatla anda join free :)

And Insya Allah, kalau anda bersungguh-sungguh, bonus bulan pertama je anda dah dapat cover RM65 tu... Untung-untung, dapat lebih dari tu!

Sistem bonus dalam Shaklee pun sangat mudah... Makan sendiri, belikan mak ayah je pun dah boleh dapat bonus tau...

3. Tak perlu modal

Dalam Shaklee, anda tak perlukan modal perniagaan. Customer order, customer bank in, baru anda beli stok.. On your part, satu sen pun tak perlu keluarkan. 

Maksudnya apa? Maksudnya, RISIKO KERUGIAN ADALAH SIFAR. Anda jual, anda dapat bonus. Tapi kalau anda decide not to, anda tak rugi apa-apa... Best kan? :)

4. Tak perlu simpan stok

Tidak seperti bisnes-bisnes retail yang lain, dalam Shaklee, kita tak perlu simpan-simpan stok ni... Like I said, sebelum ni saya buat business barang baby... Siap pasang rak hokay kat rumah untuk simpan stok... Huhu.. So bila dah buat Shaklee ni, lega la sket... Sebab dah tak yah nak simpan2 stok lagi... Rak tu pun dah campur-campur simpan barang rumah... Huhu

BUT, I still simpan stok sikit sebenarnya... Sebab senang untuk cater mereka-mereka yang memerlukannya urgent... Setengah customer nak esok jugak... Especially yang COD... And sebab nak tolong anak-anak Shaklee jugak... Ada customer-customer dorang nak certain-certain barang esok jugak.. So at least saya boleh tolong dorang... But its purely on you sebenarnya... Atas you nak simpan stok ataupun tidak...

5. Diguide oleh mentor

Ni pun salah satu perbezaan Shaklee dengan bisnes lain sebenarnya... Kalau anda stuck, dah tak tau nak buat apa, dah tak tau nak maju mcm mana, there are always mentors to help you...

Dalam perniagaan ni, apa yang penting ialah ilmu dan mentor sebenarnya... Kalau kita sorg dok meredah je, susaahhhh.... And dalam Shaklee ni, bukan sorang tau mentor kita, tapi sampai 6! And kawan-kawan dalam Shaklee pun semuanya helpful... Semuanya saling membantu... Memang ukhuwah yang terjalin sangat indah :)


Hopefully maklumat ini dapat membantu anda :)

Sharing is caring :)


Jom join keluarga Shaklee kami!


Wafee
NakShakleeCariSaya!
0123772115

Friday, 26 September 2014

The Versatile Blogger Award

Me got tagged again!! Hehe... Suke suke suke.... This time by kakak blogger yang merupakan salah seorang yang memang saya ikuti sejak mula2 saya blogging lagi (macam la dah lama sangat :p)... Terima kasih banyak2 tag saya kak Linda... And terima kasih sudi baca & follow blog saya yang tak seberapa ni :)

Jemput la singgah blog Nota Ibu kak Linda ye...



OK, so what is this all about? Syarat-syarat award ni senang je... There are only 4 simple rules....

1. Ucap terima kasih kepada blogger yang memilih anda
2. Tag blogger yang memilih anda
3. Tuliskan 7 fakta mengenai diri anda
4. Tagkan 15 blog yang anda ikuti dan calonkan sebagai VBA

Haaa... Mudah kan? Jom jom kita start :)




7 Fakta Mengenai diri saya

1. I love babies... Sangat sangat sangat sukakan baby.... 
Cita-cita terpendam: nak bukak nursery.... Biar dikelilingi baby setiap hari... Hihi

2. Suka travelling, suka berjalan... Tak kiralah dalam negara ke, luar negara ke... Sebab minda akan rasa tenang dan aman damai je, xde stress-stress :)

3. Seorang yang pemalu.. Hehe... Seriously... Orang yang kenal & baik ngan saya mesti gelakkan... Tapi saya memang "pendiam kecuali dirangsang", bak kata Dato' Fadzillah Kamsah :)

4. Duduk di perantauan (Kedah/Penang), tetapi sangat-sangat rindukan kampung halaman (KL!!)... Rindu nak dok dekat ngan family sebenarnya... huk huk... Jiwaku meronta-ronta :p

5. Sukakan kelajuan... Memang kalau nak cari kereta, ku memang cari kereta yang boleh laju... Tapi bujang dulu boleh la... Sekarang dah ada anak-anak, banyak bende kene consider... Lagipun sekarang dah jarang dapat drive sendiri, sebab asek suami je drive :p

6. Tak suke orang merokok... Wekkkk... Kalau nak membinasakan diri sendiri pun, jangan la smpi melibatkan orang lain... Huhu

7. Suka sangat family bonding activities... Tak kiralah ngan suami & anak2 sendiri ke, ataupun sekali dengan extended family...


15 blog yang saya rasa layak mendapat VBA :)


1. Anne Nurain
2. ~ Sahida Fuad ~
3. CAHAYA HIDUPKU
4. CikNaa
5. Nurul Hidayah
6. Suria Amanda
7. Ayuni Stories
8. Me, Family and kehidupan
9. Sara Zawawi
10. JueLee
11. Sweet Tyra
12. Amiey Lee
13. Lina Iryani
14. Anum
15. Edlin Zakaria


15 blog di atas, adalah blog-blog yang selalu saya jengah.. Whether u guys know it or not :)
Sebenarnya banyaaaakkk lagi, tapi dah kene tag 15 jeee... So bg can kt org lain plak... Hehe

So, selamat menjawab, and happy blogging :)


{Wafee}

MINDSET



Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada kedua anaknya:

“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”

“Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”

“Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik matahari secara langsung”

5 TAHUN BERLALU:

Sang ibu menjenguk anak sulungnya dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.

Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.

Si sulung menjawab : “Saya mengikuti pesan ayah bu…

Saya dilarang menagih hutang drpd siapapun sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama² habislah modal saya..

Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang
kerja saya selalu naik teksi”.

Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bongsu yang keadaannya jauh berbeza. 

Adik bongsu sukses menjalankan perniagaannya.

Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bongsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahsianya…?”

Si bongsu menjawab : “Ini karena saya mengikuti pesan ayah bu.. 

Pesan yang pertama saya dilarang menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap kukuh”.

“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam, sehingga para pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup lebih lewat”.

Perhatikan..
Si Sulong dan Si Bongsu menerima pesan yang SAMA, namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET yang berbeza.

Mereka MELAKUKAN cara yang cukup berlainan sehingga mendapat HASIL yang cukup berlainan juga.

Hati² lah dengan Mindset kita..

Mindset positif memberi hasil yang menakjubkan, 
sebaliknya
mindset negatif memberikan hasil yang menghancurkan.

The choice is yours..!