Wednesday, 8 April 2015

Promosi Shaklee - April 2015

Salam semua! 

Lama saya tak share pasal Shaklee kan? This time saya nak share promosi-promosi untuk bulan ni!

Sebelum ni, Shaklee hanya buat promo buy 6 free 1, and hanya untuk 1 produk... Tapi lately, Shaklee dah buat banyak2! And ada buy 3 free 1 pulak tuuuu... Which is so much cheaper kalau kira tau...

So here is the promotions for this month... Tengok-tengoklah ye... Kalau nak order, ataupun ada apa-apa soalan, bolehlah contact saya ye :)

Oh ye, harga yang dipaparkan adalah harga retail... Nak special price? No problem... Just drop me a line kay :)

Shaklee Promo Apr 15 Taman Melawati

Maklumat lanjut mengenai Cinch Shake Mix, boleh tengok sini ye...

Shaklee Promo Apr 15 Taman Melawati

Shaklee Promo Apr 15 Taman Melawati


Info lanjut tentang GLA dan kelebihan-kelebihannya, klik sini :)
Apa hebat sangat Lecithin ni? Boleh tengok sini :)


Jom join keluarga Shaklee kami!

Wafee
NakShakleeCariSaya!
0123772115

Friday, 3 April 2015

My new toy!

Jumaat yang lepas, toy baru saya sampai!! Hehe... Saya beli satu package, so this is how it looks :)


Yes, saya beli breastpump baru... Avent tu elok je lg... Saja gatal nk tukar angin... Hehe

Macam-macam ada dalam package ni... Kira full package laa... Dah tak perlu beli pape dah... Semua lengkap...

And of course, beli end of March sebab nak elak GST! Ngeeeeeeeee

Thursday, 2 April 2015

Baby lelaki ke perempuan?

Hi!

Disebabkan I'm expecting, so sangat laa suke saya nak share pasal baby2 ni... Hehe... Kali ni, nak share pasal jantina baby... Memang everytime saya preggy, mesti saya akan search for this... Sebab so far, ada betulnya... Walaupun tak semua betul :)

Boleh la jugak dijadikan panduan... Or saja suka-suka... Kalau yang first time preggy, mungkin la susah sikit nak rasa perbezaan tu... Tapi yang dah dua tiga kali, memang akan rasa bezanya...
Girl ke Boy?? :)

Thursday, 26 March 2015

Kenapa saya suka sangat online boutique Malaysia!



Yahoo! Mungkin saya agak terlambat berbanding dengan orang lain namun baru-baru ini saya berpeluang untuk merasa membeli-belah secara atas talian. Walaupun hakikatnya sebelum ini saya mempunyai pandangan yang agak skeptikal tentang online shopping namun ianya berubah sama sekali selepas saya menjumpai satu best online boutique Malaysia.

Rasanya semua orang kenal online boutique ni kan? bukan saja the best in Malaysia, tetapi juga the first yang betul-betul berjaya :)




Oleh kerana saya adalah seseorang yang bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk keluar semata-mata untuk bershopping, ada masanya saya merasa agak stress. Tertekan kerana kekangan masa saya tidak dapat keluar ke shopping mall, masuk ke dalam butik fesyen kegemaran saya dan beli produk yang saya mahukan. Kadang-kala saya hanya mampu gigit jari melihat teman-teman rapat bergaya sakan dengan baju ataupun akesori yang baru. Namun siapa sangka saya boleh dapatkan semua itu dengan shopping online!



Saya tidak perlu ambil masa yang panjang untuk keluar shopping sedangkan saya boleh buat dari mana-mana sahaja yang saya rasa selesa. Apabila saya berada di pejabat dan rasa mahu kurangkan sedikit stress kerja, saya akan buka Malaysia online boutique kegemaran saya dan browse produk yang saya mahukan. (Oopsss, kantoi :p) Dengan hanya beberapa klik saya dapat buat pesanan dan tunggu sehingga ianya dihantar terus ke rumah ataupun pejabat. Mudah sungguh! Duduk di kafe sambil menikmati secawan hot cappucino pun dapat shopping online dengan menggunakan apps dalam handphone.



The next thing I know, selepas beberapa hari, saya terima parcel dan dapat terus gayakan apa yang dibeli dengan perasaan yang sangat puas! And honestly, once kita dah start, we can never stop! Selepas terima pembelian pertama, terus bukak online and browse for the second one pulak! Because it is soooo easy and sangaaaaat puas hati!

Sekurang-kurangnya dapat saya relieve stress dan jadikan ia sebagai some kind of therapy! ;)


Wednesday, 25 February 2015

Pantai Klebang, Melaka - Part 2

Inilah dia bustel tu... Murah je... Weekdays RM80, weekend RM120... Memang sangat unik... Especially sbb anak2 saya minat cerita kartun Tayo tu... Hehe

Tp like I said, tak dpt pn tdo situ... Sbb dh full.... Dia nk soh pegi lg la tu... Hehe

bustel pantai klebang melaka

Monday, 16 February 2015

Pantai Klebang, Melaka - Part 1

Hi guys! Assalamualaikum :)

Ni nak cerita percutian masa Thaipusam arituuu.... Percutian pendek 2 hari 1 malam, tapi sangat seronok... the kids pun enjoy...

Walaupun saya orang Melaka, tapi tak tau pun Pantai Klebang ni sangat happening macam ni!!!

Saya sangat sukakan simple getaways yang boleh pergi tanpa memerlukan deep planning & deep pocket... Hehe... Saya sukakan tempat-tempat yang saya boleh bangun-bangun pagi, bukak-bukak mata, cakap kat hubby, "Yang, jom g ................"

Antaranya ialah 

- Taiping (tdo Seri Malaysia, my kids boleh mandi pool, g zoo Taiping, jalan-jalan kat taman tasik, makan cendol Bismillah, makan kuetiau Doli, then balik)
- Cameron Highlands (tdo Sri Intan/Flora De Cottage, breakfast kat YZ Agro Farm, makan strawberi, makan waffle + aiskrim, beli teh, beli sayur, balik)
- Langkawi (tdo Sri Intan, beli chocs, jalan HIG kompleks, jalan pekan Langkawi, pergi pasar malam, mandi pantai, balik)

Yesss... Walaupun buat benda yang sama je every time, tapi I really enjoy it!! And sekarang sangat happy sebab dah tambah lagi satu destinasi... Hehe...

Sebelum pergi, dah survey and tanya kawan-kawan, so dah senaraikan 3 perkara yang nak buat kat sana

- Coconut shake
- Pony riding
- Restoran/hotel bas

Kitorang gerak agak lambat... Sebab checkup dulu pagi tu... So lepas zohor baru gerak... Which is kol 4pm... Haha... Nasib baik 2 jam je dari KL, kalau dari Penang memang tak g dah...

Sampai-sampai je, about 6pm, terus serbu Coconut Shake... Make sure its the Original Coconut Shake tau.. Kene cari yg camni... Sebab bila pergi sana, semua kedai tulis original coconut shake... Hehe... Tepi pantai pun ada gak... Ktrg mnum je... Tapi yg betul-betul ori is this one... And mmg nak habaq, orang beratur hokay nak beli... kalau tgk orang sesak nak beli tu, betullah tu... Hehe


Klebang Original Coconut Shake
Klebang Original Coconut Shake... orang beratur nak beli..

Saturday, 14 February 2015

Flip Flop yang cute!! Sesuai untuk sape yang tgh planning nak g cuti!


Benda baik harus disharekan?? Just like korang jumpa tempat lunch yang best, mesti korang akan share dengan kawan-kawan kat ofis right?? So here I am nak share sesuatu yang best dengan korang :)



Biasalah bila hampir bulan Mac dan April, ramai di antara kita yang akan pergi bercuti ke pulau-pulau. Well, di antara pulau yang paling banyak menerima pengunjung pada setiap tahun adalah Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman.  Bagi kaki–kaki travel, percutian ke pulau adalah berbeza dengan percutian ke destinasi-destinasi yang lain. Percutian ke pulau adalah sinonim dengan aktiviti-aktiviti pantai dan water sports.


Oleh yang demikian, selain pakaian yang sesuai, jenis kasut yang dibawa juga haruslah bersesuaian.  Anda tidak akan bersiar-siar di pantai dengan memakai high heels bukan? Jenis kasut yang paling sesuai adalah flip flop, flip flop dan FLIP FLOP! Especially if they are cute... Hehe... Yang tu yang penting :p



Flip Flop  atau selipar adalah jenis kasut yang paling sesuai dan praktikal untuk dipakai ketika percutian anda ke pantai. Selain tu, ia juga amat selesa dipakai dan memberikan anda percutian yang benar-benar anda idamkan!

  


Well, jika anda sedang merancang percutian anda dan ingin memiliki sepasang flip flop wanita seperti berikut, layari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga untuk membuat pembelian secara online. Temui juga jenama-jenama flip flop terbaik seperti Ipanema, Rubi dan Ripples dengan tawaran harga yang amat berpatutan! 



Sunday, 1 February 2015

Things I Wish People Had Told Me About Performing Umrah

Alhamdulillah... Selesai sudah ibadah umrah saya.... Sangat-sangat magical perasaannya, tak tau nak gambarkan macam mana...

Anyway, ada beberapa points, yang saya rasakan semua orang yang first time pergi perlu tahu dan buat persediaan... Supaya tak terkejut sangat bila pergi nanti... Yang biasa pergi mungkin dah lali dengan benda-benda ni, so takut ada yang terlepas pandang nak bagitau kita nanti :)



Qiblat kita....



1. Fahaman atau mazhab Ahli Makkah wa Madinah adalah Wahabi. 

Relevannya? Well, tak adalah sampai kita perlu belajar dan kaji Wahabi tu macam mana... Tapi dua point yang penting yang saya rasa perlu diberi perhatian, ialah imam kat sana, tak baca doa Qunut dalam solat subuh, dan juga tidak baca doa langsung selepas mana-mana solat pun.

Doa Qunut sememangnya sunat bagi kita, kalau tertinggal tak perlu Qada' ataupun sujud sahwi pun... Tetapi doa Qunut ini seumpama wajib dah bagi kita kat sini... Sebab tu saya highlight perkara ini di sini... Sebab ada jemaah Malaysia yang siap putuskan solat dengan Imam, and sambung sendiri start dari doa Qunut... And ada juga lepas salam pi Qada' balik solat subuh tu... Dorang dok ingat imam terlupa sebenarnya... Tapi tak perlu pun sebenarnya... Sah je solat kita tu.. Dah pegangan depa kat sana memang macam tu... No hal lah...

Lagi satu, depa tak buat tahlil-tahlil ni... Tapi takde la sampai depa tak bagi kita buat... Sepanjang saya berada di sana, Andalusia/Faizin ada organize dua kali tahlil, sekali di Madinah, sekali di Makkah.. Yela, kita nak gak amek peluang buat tahlil di tanah suci kan...

2. Kesihatan

Sangat-sangat crucial di sana... Yela, angin lain, makanan lain kan....

Firstly, kalau anda ada apa-apa penyakit, and ada ubat yang anda memang kena makan regularly, please bawak kesemua ubat-ubat yang berkaitan... Tak kira la kalau mengandung ke, sakit jantung ke, asthma, kencing manis, darah tinggi... Bawak je semua... And budget siap-siap so that cukup untuk tempoh masa sepanjang anda berada di sana...

Second, bawak semua ubat-ubat yang general... Panadol, ubat batuk, ubat selesema, minyak angin, bonjela... Suami saya terkena ulser masa kat sana sebab kering... Pergila farmasi cari bonjela... Dia kata brand lain ada la, sekali 28 riyal kooo... Tak jadi beli... Suami kata tahan jela... Huhu... Panadol pun sangat penting... Biasanya rehat sangat penting dalam masa ni, and kebanyakan penyakit-penyakin yang common seperti demam, selesema, batuk ni boleh sembuh hanya dengan berehat... Tapi kat sana kita tak dapat sangat nak rehat... Yela, kita pergi 5-7 hari je di satu-satu tempat tu... Mesti kita nak kejar betul-betul peluang nak beribadah tu kan... But still, nasihat saya, don't push yourself too hard... Kalau dah rasa tak larat sangat, penat sangat, berehat la dulu... Jangan sampai memaksa diri...

Yang ni saya nak bagi spesifik sikit... Please bawak lip balm & lotion... Jangan pulak bawak lipstick yang merah tu, yang tu boleh membuatkan bibir lebih kering.. Bawak lip balm / lip moisturiser (pelembap bibir) / vaseline pun boleh... Lotion nak bawak lotion baby pun boleh, lotion yang ada susu kambing ke, gamat ke, pun boleh...

Pengalaman saya, atas flight lagi bibir dah kering... Nasib baik bawak lip balm dalam hand luggage... Padahal tak pernah pakai pun selama ni... Sampai sana, kaki, tangan, mulut memang sangat-sangat kering and start mengelupas... Cincin-cincin semua saya tanggal and tak bawak pergi sana... Tapi bekas-bekas cincin-cincin kat jari tu semua mengelupas dan pedih... So bawak lotion kegemaran anda, dan apply SETIAP KALI selepas ambil wudhu, dan setiap kali sebelum tidur... Ni penting tau... Jangan malas-malas... Sebab lama-lama akan merekah dan berdarah... Masa ni sangat sakit dan pedih bila nak berjalan... So jangan tunggu sampai dah merekah baru nak apply... Nanti seksa nak jalan pergi balik masjid...

Dont forget your vitamins... Boleh rujuk sini: Set haji / Umrah.... Bagi saya vitamins pun sangat penting... Sekarang pun, kita kekurangan vitamin sbnrnye... Tapi kita tak rasa sangat... Kalau kita amek vitamin baru dapat rasa bezanya... Kat sana, sbb weathernye lebih extreme, memang ketara sangat kekurangan vitamin kita... Sbb tu saaaangat senang dapat penyakit... Saya kat sana, semua dos saya doublekan... Esp vitalea & vitamin C... Biasa amek sebiji je sehari, tapi kat sana saya amek dua... Sebiji pagi, sebiji sebelum tdo...

3. Solat jenazah & solat musafir

Please be prepared... Tak kiralah anda bertolak pukul berapa pun, tapi disebabkan flight kita 9-10 jam, memang akan ada waktu yang kita kena solat atas flight... Belajar siap2 cara-cara nak solat musafir ATAS FLIGHT...

Yang ni buat saya kelam kabut jugak aritu... Teori saya pernah dengar, pernah baca... Tapi sebab tak pernah buat, and tak refresh pulak tu sebelum pergi, so menggelabah la jugak atas kapal terbang tu... Nasib baik my other half ingat, die la yg mengajar... Huhu

Islam itu mudah... Ingat tu ye... Jangan pikir susah-susah... Atas flight tu, disebabkan kesukaran mendapatkan air, boleh je nk amek wudhu' basuh muka dan tangan je... Tak perlu la tak rasa yakin itu dan ini... Semuanya dah tertulis buat panduan kita... Sedih sebenarnya... Berapa ramaai yang dalam flight balik aritu, yang tak solat subuh... Macam-macam alasan dengar... Padahal kita ni baaaru je balik dr tanah suci, baru je selesai menunaikan umrah... Belum smpi Malaysia lagi dah tinggal solat... Huhu

Lagi satu, kelaziman di sana, setiap kali lepas solat Fardhu, akan ditunaikan solat jenazah... Saya pergi aritu, di Makkah, memang setiap kali lepas solat Subuh - Isya'... Di Madinah pulak, dalam sehari tu adalah satu waktu yang takdak... Yang lain semua ada... Yang ni pun, belajarlah siap2 kat Malaysia... Senang je sebenarnya... Tapi sama jugak, sebab kita tak amalkan ataupun tak pernah buat, so rasa susah... Dah dua tiga hari dok kat sana, mesti dah biasa :)

4. Inners

Bagi perempuan, bawak lah inners banyak2... Inner tangan, socks, seluar... Sebab kat sana, memang all the time pakai pakaian yang sesuai untuk solat... Saya ni, nasib baik mak bagi pinjam, kalau tak, tak tau pun... Rasa macam masuk asrama dolu2, sume mak sediakan... Hehe

Bawak pun, bawak la beberapa pasang, sebab memang boleh dikatakan, all the time mmg pakai... And, time Ihram, sebaik-baiknya nak pakai semua yang fresh ones... So a few times jugak la bertukar-tukarnya... Better buat persediaan sebelum menyesal :)

5. Toilets

Kat sana, sangat sangat susah nak cari toilet awam... Even kat tempat awam pun, susah nk jumpa... Restoran, tempat-tempat ziarah, memang tak sediakan... Part-part gini memang rasa rindu plak kat Malaysia... Kat Malaysia, mana-mana pun ada toilet kan... Kalau mcm ni, bayo pun xpe... Huhu

Kalau pegi mana-mana, only 2 tempat yang menyediakan toilet; masjid and hotels... Masjid bolehlah masuk sesuka hati kan, tapi hotel kene pandai-pandai wat layan diri... Huhu... Pandai-pandai la cari kat lobi ke, baca signboard ke... Kalau tanya, confirm dorg kata xde...

So, kalau u all ada special needs, macam saya pegi aritu preggy, or org tua, beringatlah ye... Setiap kali pegi masjid tu, setelkan keperluan anda sekali... Kalau cirit-birit, better duduk diam-diam kat hotel, or pergi masjid-masjid je... Ziarah tu, kalau tak perlu, takyah pun xpe... Memang la kite bknnye selalu dpt pegi sana kan, tapi kene jaga jugak kesihatan kita...

Oklah, rasanya tu je yang saya dapat ingat... Kalau saya ada ingat apa-apa lagi, Insya Allah akan add lagi di sini...

Semoga bermanfaat :)