Showing posts with label vitamin c. Show all posts
Showing posts with label vitamin c. Show all posts

Thursday, 30 October 2014

Set haji / Umrah

Lepas dapat confirmation dari syarikat umrah aritu, member saya pesan...
Nanti sebulan sebelum pergi.. start makan vitamin c.. n kat sana bawak vitamin c.. rendam kaki dalam air suam with bunga cengkih n garam bukit... utk blood circulation n preparation kaki utk jalan kt sana.. vitamin utk elak sakit demam selsema.. alhamdullilah I amalkan I sihat sepanjang kat sana.. tido 4 jam je..

Saya senyum je... Lega sebab memang dah amalkan vitamin C ni... Tapi lepas tu baru teringat, alamak, kena bagi kat my husband and mother-in-law gak ni... Disebabkan stok dalam tangan dah habis, terus pergi branch and grab sebotol untuk mother-in-law... Hubby share je dengan saya, tapi after that day, start bagi hubby makan every day... Sebelum ni ade gak bagi, tapi bila teringat je...


Terus grab sebotol SR Vita-C utk MIL
Tapi ni persediaan sebelum kami pi... Di bawah ini pula cadangan saya sebagai set haji atau umrah supaya kita sentiasa cergas dan bertenaga untuk menjalankan ibadah haji/umrah...

Monday, 27 October 2014

Sustained Release Vita-C




Kandungan

Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.  Ia juga merupakan co-factor dalam sekurang-kurangnya 8 tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi.


Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Basically, yang bestnya Sustained Release ni, kalau skali kita amek satu pil tu, dia takkan serap semua.. Tetapi, dia akan lepaskan 100mg setiap sejam... So satu pil tu dapat bertahan dan membekalkan vitamin C kepada badan kita selama 5 jam lamanya... 


Fungsi-fungsi vitamin C

  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Good for
  •          Perokok
  •          Penghidap darah tinggi
  •          Orang stress
  •          Orang yang gusi/hidung berdarah
  •         Orang yang tak makan buah and sayur
  •          Selsema

P/S1: Saya selalu kalau rasa selsema atau demam coming, telan je sebiji SR Vita-C ni, and after 6-8 hours, telan sebiji lagi... Insya Allah selesema/demam tu terus tak jadi nak datang... So SR Vita-C ni sangat baik sebagai pendinding badan kita terhadap penyakit-penyakit yang sangat common di sekeliling kita ni..

Sooo... Kalau nak cuba, u know what to do :)
I'm just a phone call/SMS/chatbox awayyy :)




Wafee
NakShakleeCariSaya!
0123772115

Saturday, 18 October 2014

Tips menghadapi jerebu

Jenis-jenis Masalah Kesihatan Akibat Jerebu

Jerebu boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada semua golongan terutamanya kanak-kanak, orang tua, pesakit lelah dan pesakit berkaitan pernafasan yang lain, ibu hamil, mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah, perokok dan lain-lain lagi. 

Pendedahan kepada udara tercemar seperti jerebu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit, mata, penyakit paru-paru seperti lelah, bronkitis, resdung dan sekiranya berpanjangan boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, darah tinggi dan juga kematian. Terdapat bukti yang menunjukkan pendedahan udara tercemar secara berpanjangan juga boleh membantut perkembangan paru-paru di kalangan kanak-kanak.


Panduan Hadapi Jerebu

Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesama, asma, sakit mata, jantung atau penyakit paru-paru kronik perlu ke klinik dengan segera jika keadaan bertambah buruk.

i) Golongan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti dinasihatkan dan suplimen tambahan sebagai pencegahan awal

ii) Orang ramai dinasihatkan tinggal di dalam bangunan atau rumah

iii) Orang ramai perlu sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

iv) Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (IPU melebihi 100)

v) Minum air yang banyak

vi) Pakai penutup hidung (nasal mask) terutama sekali bagi semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau tempat berhabuk.

vii) Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa dan sanak saudara yang berpenyakit tidak dibenarkan merokok dalam rumah

viii) Jika kenderaan berhawa dingin sentiasa guna dan elakkan membuka cermin kereta

ix) Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.


Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Hadapi Jerebu

Berikut adalah cadangan vitamin Shaklee yang boleh diambil terutamanya pada musim jerebu iaitu:

1) Vivix

2) Nutriferon

3) Chew Vita-C Plus

4) CoQHealth

5) Garlic Complex

6) Performance Drink

7) Omega Guard

Credit: Dr Najihah

Thursday, 15 May 2014

Ke mana hilangnya PMSku?



Hehe... Arini saya nak cite santai-santai je... 

Setakat ni, saya tengah makan set menyusu dan slimming Shaklee... Iaitu:

Vitalea
B-Complex
Vita-C
Ostematrix
Alfalfa
Lecithin
ESP

And so far, Shaklee tak pernah gagal nak bagi saya surprise... Hehe... Ni nak cite yang latest plak...

Monday, 16 December 2013

Set Menyusu

Hari ni saya nak cerita pasal salah satu set yang famous dalam Shaklee ni... tapi, sebelum apa-apa, saya nak betulkan persepsi semua dulu... Set ini BUKAN syarat untuk menyusu... Ramai ibu-ibu di luar sana (termasuk saya) yang telah berjaya menyusukan anak-anak mereka sehingga 2 tahun TANPA mengambil apa-apa supplement pun...

TETAPI, set ini bertujuan untuk membekalkan nutrien-nutrien dan zat-zat yang diperlukan supaya badan kita dapat menghasilkan susu yang baik. Set ini bertujuan untuk memastikan bahawa badan kita cukup bekalan untuk menghasilkan susu yang mencukupi buat anak kita. Jangan risau atau runsing melihat ibu-ibu lain yang dapat mengepam berbotol-botol susu sehari... Yang penting, susu kita cukup untuk anak kita...

Tuesday, 3 December 2013

Set hamil Shaklee

Assalamualaikum Semua!! hopenya semua ceria2 aja ari ni! Kita kena selalu menceriakan diri kita, supaya cas2 positif akan tertarik pada kita dan dengan automatik cas2 negatif akan lari daripada kita :) Mak saya selalu pesan, kalau ada masalah pun, you have to force yourself to smile... Jangan layankan sangat perasaan tu... Insya Allah dengan cara itu, kita akan dapat train ourselves to be more positive.. So SMILE :)




Tuesday, 26 November 2013

5 kelebihan Vitamin C yang jarang diketahui

Ye ke? Well, maybe some of the facts u all dah tau... some u all belum tau... ada facts yang saya pun baru tau.. hehe... jom layannnn...

FACT #1: Simptom-simptom selsema yang biasa boleh disembuhkan dengan cepat dengan memakan supplement Vitamin C yang mengandungi bioflavonoid (cek label vitamin anda)

Bioflavoniod penting bagi tubuh badan untuk melawan jangkitan, kerosakan oleh radikal bebas, virus dan selsema biasa.

Kajian menunjukkan bahawa di kalangan mereka-mereka yang di bawah tekanan fizikal yang tinggi, pengambilan 1,000mg vitamin C setiap hari dapat mengurangkan kekerapan jangkitan selsema sebanyak 50%.

Tempoh selsema juga dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin C. Kedua-dua dewasa dan juga kanak-kanak mengalami selsema pada tempoh yang lebih singkat sekiranya mereka mengambil vitamin C secara tetap.


Psstt... Vitamin C Shaklee ada bioflavonoids tau :)


FACT #2: Jika anda mempunyai perut yang sensitif, ambillah supplement vitamin C yang "buffered" atau "sustained release"

Mereka yang mempunyai perut yang sensitif mungkin berasa tidak selesa atau pedih perut jika mengambil dos vitamin C yang besar untuk mencegah jangkitan virus yang akut. "Sustained release" vitamin C juga boleh membantu bagi mereka yang sensitif terhadap asid askorbik.

"Sustained release" bermaksud "Pelepasan bermasa". Vitamin C jenis "Sustained release" ini akan melepaskan sedikit demi sedikit vitamin C untuk membantu dalam penyerapan vitamin C oleh sel-sel badan. Sustained Release Vitamin C 500mg ini akan melepaskan 100mg vitamin C setiap jam. Ini bermakna perlindungan yang anda dapat daripada vitamin C ini adalah lebih lama!


FACT #3: Mengambil supplement vitamin C boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka

Masa boleh menyembuhkan apa sahaja luka. Tapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan supplement vitamin yang menggabungkan beberapa nutrien antioksidan (termasuk vitamin C) boleh mempercepatkannya sebanyak 20%.(sumber: webmd.com)

Sejak dari tahun 1937 lagi, pakar bedah di Harvard Medical school telah membuktikan kepentingan vitamin C dalam proses penyembuhan luka bagi para pesakit selepas pembedahan.



FACT #4: Vitamin C boleh mengurangkan alahan anda

Jika anda mengalami alahan, fokuskan untuk memakan makanan anti-histamina dan anti-keradangan yang natural, seperti Vitamin C.

Mengambil vitamin C dengan dos yang tinggi boleh menunjukkan kesan yang ketara dalam mencegah simptom-simptom alahan, khususnya demam alergi (pernafasan) dan asthma.

Vitamin C juga telah terbukti untuk mengurangkan sensitiviti dan reaktiviti saluran pernafasan kita terhadap histamina.


FACT #5: Vitamin C boleh memberikan perlindungan terhadap kanser-kanser yang tertentu

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa vitamin C secara umumnya melindungi kita daripada kanser. Ia meningkatkan fungsi sistem imun kita, yang boleh membantu tubuh kita untuk meneutralkan tumor awal.

Menurut National Cancer Institute (NCI), vitamin C boleh melindungi kita daripada kanser rongga mulut, perut dan esofagus yang boleh juga mengurangkan risiko wujudnya kanser rektum, pankreas dan serviks.


So apa tunggu lagi?? Jom jom jom order sekarang!! Kalau sakit masuk hospital lagi banyak kene keluar duit tau... Jadi apa salahnya keluar duit sekarang untuk menjaga kesihatan kite ye x?? :)




Wafee
Shaklee ID: 1072565
wafeeshaklee@gmail.com
012-3772115 (SMS/Whatsapp)

Wednesday, 20 November 2013

Set berpantang Shaklee

Salam.... Tahniah kepada you all yang baru dapat baby!! Or, yang akan dapat baby tak lama lagi :) Babies will bring you happiness, without having to do anything...Kan? Saya adalah orang yang paling gembira bila dengar ada baby baru lahir... Rasa nak nanges je... Huhu

Sebagai persediaan, jom kita tengok set berpantang daripada Shaklee...