Tuesday 26 November 2013

5 kelebihan Vitamin C yang jarang diketahui

Ye ke? Well, maybe some of the facts u all dah tau... some u all belum tau... ada facts yang saya pun baru tau.. hehe... jom layannnn...

FACT #1: Simptom-simptom selsema yang biasa boleh disembuhkan dengan cepat dengan memakan supplement Vitamin C yang mengandungi bioflavonoid (cek label vitamin anda)

Bioflavoniod penting bagi tubuh badan untuk melawan jangkitan, kerosakan oleh radikal bebas, virus dan selsema biasa.

Kajian menunjukkan bahawa di kalangan mereka-mereka yang di bawah tekanan fizikal yang tinggi, pengambilan 1,000mg vitamin C setiap hari dapat mengurangkan kekerapan jangkitan selsema sebanyak 50%.

Tempoh selsema juga dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin C. Kedua-dua dewasa dan juga kanak-kanak mengalami selsema pada tempoh yang lebih singkat sekiranya mereka mengambil vitamin C secara tetap.


Psstt... Vitamin C Shaklee ada bioflavonoids tau :)


FACT #2: Jika anda mempunyai perut yang sensitif, ambillah supplement vitamin C yang "buffered" atau "sustained release"

Mereka yang mempunyai perut yang sensitif mungkin berasa tidak selesa atau pedih perut jika mengambil dos vitamin C yang besar untuk mencegah jangkitan virus yang akut. "Sustained release" vitamin C juga boleh membantu bagi mereka yang sensitif terhadap asid askorbik.

"Sustained release" bermaksud "Pelepasan bermasa". Vitamin C jenis "Sustained release" ini akan melepaskan sedikit demi sedikit vitamin C untuk membantu dalam penyerapan vitamin C oleh sel-sel badan. Sustained Release Vitamin C 500mg ini akan melepaskan 100mg vitamin C setiap jam. Ini bermakna perlindungan yang anda dapat daripada vitamin C ini adalah lebih lama!


FACT #3: Mengambil supplement vitamin C boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka

Masa boleh menyembuhkan apa sahaja luka. Tapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan supplement vitamin yang menggabungkan beberapa nutrien antioksidan (termasuk vitamin C) boleh mempercepatkannya sebanyak 20%.(sumber: webmd.com)

Sejak dari tahun 1937 lagi, pakar bedah di Harvard Medical school telah membuktikan kepentingan vitamin C dalam proses penyembuhan luka bagi para pesakit selepas pembedahan.



FACT #4: Vitamin C boleh mengurangkan alahan anda

Jika anda mengalami alahan, fokuskan untuk memakan makanan anti-histamina dan anti-keradangan yang natural, seperti Vitamin C.

Mengambil vitamin C dengan dos yang tinggi boleh menunjukkan kesan yang ketara dalam mencegah simptom-simptom alahan, khususnya demam alergi (pernafasan) dan asthma.

Vitamin C juga telah terbukti untuk mengurangkan sensitiviti dan reaktiviti saluran pernafasan kita terhadap histamina.


FACT #5: Vitamin C boleh memberikan perlindungan terhadap kanser-kanser yang tertentu

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa vitamin C secara umumnya melindungi kita daripada kanser. Ia meningkatkan fungsi sistem imun kita, yang boleh membantu tubuh kita untuk meneutralkan tumor awal.

Menurut National Cancer Institute (NCI), vitamin C boleh melindungi kita daripada kanser rongga mulut, perut dan esofagus yang boleh juga mengurangkan risiko wujudnya kanser rektum, pankreas dan serviks.


So apa tunggu lagi?? Jom jom jom order sekarang!! Kalau sakit masuk hospital lagi banyak kene keluar duit tau... Jadi apa salahnya keluar duit sekarang untuk menjaga kesihatan kite ye x?? :)




Wafee
Shaklee ID: 1072565
wafeeshaklee@gmail.com
012-3772115 (SMS/Whatsapp)

No comments:

Post a Comment