" Selepas ada anak kecil ni, selalu solat lambat... Tapi Alhamdulillah, dah start buat solat malam sekarang... Allah tarik satu nikmat, bagi nikmat yang lain :) "
Allah... Cukup terasa hati ini... Memang... Saya selalu bangun solat Isya' pukul 4 5 pagi... Sebab baby saya, lepas Maghrib dah terus 'ajak' tdo... Nak tdokan dia, mesti la dengan mamanya pn tdo skali... Hehe... Tapi dah bangun solat Isya' tu, tak buat pun solat tahajjud... Padahal time dah cantek tu.. Gangguan pun xde.. Sebab semua dah tdo... Dah ada anak kecil ni, semua plan serba tak menjadi... Waktu Maghrib pun, selagi babanye tak balik masjid, tak dapat la saya nak solat... Kalau dah lambat sgt, terpaksa la saya solat sambil dokong baby....Boleh je sbnrnye... Cuma terganggu konsentrasi :(
Terus saya google cara-cara nak solat malam ni... Yela, sebelum ni tak pernah buat, tak tahu apa pun... And malam tu saya tekad untuk bangun solat malam... And Alhamdulillah... Sampai sekarang, almost every nite la saya buat solat malam...
So kat sini saya nak share cara-cara nak solat malam... Sebab kalau google banyak sangat caranya, and very confusing... Di sini saya dah compile cara yang paling common...
Cara-cara Solat Tahajjud
Tahajjud berasal daripada perkataan Hajada... Yang bermaksud bangun dari tidur, mengorbankan tidur kita dan berjaga di waktu malam.
1. Baca doa sebelum solat tahajjud
Maksudnya: "Tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Maha sucilah Engkau. Aku memohon ampun kepada Engkau bagi dosa-dosaku dan aku memohon kepada Engkau akan rahmatMu. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan janganlah Engkau memesongkan hatiku, sesudah Engkau memberikan ku hidayah. Dan limpahkanlah rahmat dari sisiMu, bahawasanya Engkau adalah Tuhan yang maha Pemberi. Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami, setelah mematikan kami dan hanya kepadaNyalah tempat kembali"
2. Niat
3. Mengerjakan solat sunat dua rakaat. Rakaat pertama bacalah surah Al-Kaafiruun selepas Al-Fatihah dan rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas selepas Al-Fatihah.
4. Pada sujud yang terakhir, selepas membaca tasbih, bacalah doa yang berikut tiga kali.
5. Selepas salam, bacalah doa yang dibaca oleh Rasulullah ini:
Maksudnya: "Ya Allah! Jadikanlah di dalam hatiku cahaya, pada lidahku cahaya. Dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya, dan jadikanlah pada penglihatanku cahaya, dan jadikanlah di belakangku cahaya, dan di hadapanku cahaya, dan jadikanlah di atasku cahaya, dan dibawahku cahaya. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang gemilang!"
6. Kemudian disambung dengan doa yang berikut.
Maksudnya: Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah cahaya langit dan bumi dan segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah Penguasa langit dan bumi dan segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam!
So there you have it. Kalau ada custom doa, boleh doa di antara step 5 dan step 6... Atau dalam sujud terakhir tu pun boleh... Time tu mustajab doa...
This is the basic.. Nak buat lebih pun boleh... Solat die simple je sbnrnye... The real cabaran is to bangun malam tu... Time tu org tgh syok tdo x igt ape... Tp bile kite dh dpt kekuatan utk bgn tu, Masya Allah... Tak tergambar perasaannya... Sangat best... You have to experience it for yourself to believe it :P
Orang yang dah start bangun solat ni, setiap kali malam tiba, mesti excited... Excited sebab nak bangun malam tu... Cuba bayang, kite dengan Pencipta kita je... Face-to-face... Boleh mintak apa sahaja.. Sapa tak nak kan... Tak perlu la nak kata tak sampai seru lagi ke, tak dapat hidayah lagi ke... Enough with the excuses... The real enemy is ourselves sebenarnya... Kalau kita dapat lawan nafsu kita tu, we will be a better person... So jom tanam niat nak bangun solat malam ni ^_^
No comments:
Post a Comment