Ni la baby first saya... Dah anak dara dah pun sekarang :) |
Di dalam keluarga saya, breastfeeding umpama wajib bagi kami.. Sampaikan mak saya, tidak bekerja kerana ingin menyusukan anak-anaknya sehingga cukup 2 tahun... Dah 7 orang anak, bersambunganlah sehingga 14 tahun, memang xkerja la sampai ke sudah... Terima kasih mak di atas pengorbanan mak yang tidak terhingga itu ^_^
Sejak dari mula saya mengandung, saya sangat obsess dengan breastfeeding... Giat mencari maklumat, giat meng'google' info mengenai breastpump... Siap print risalah a few breastpump yang berkenan di hati bawak sampai ke tido.. Hehe... Kelaka pun ada time tu... And masa tu, semua orang skeptical... Macam perasan sorg je saya masa tu.. My parents, my hubby, my sister (yg juga baru je preggy at that time)... Even my mum yang berjaya menyusukan 7 orang anak pn buat endah tak endah je... Yela, time die mana ada pam-pam ni semua kan... Tp I was so confident masa tu tau... My mom said, "takpe la, u just try ur best...tak boleh menyusu takpelah... u're working kan"...
Tapi itu semua tak mematikan semangat saya...Breastfeeding ni kan banyak kelebihannya... Saya ingat lagi saya ada berbual dgn my mom and I said, "I am really determined to breastfeed my daughter mak, sbb I've seen for myself perbezaan baby yang menyusu badan n baby yang menyusu FM... Baby yang menyusu FM asek sakit je... Baby yang breastfeed jarang sakit and cepat sembuh... Kuat la kirenye antibodi dia"...And what was my mom's reply tau? "Eh, memanglah... Kan dalam Al-Quran dah sebut"... Huhu.. Terdiam saya di situ...
Tapi, nak dijadikan cerita, dalam saya pening nak memilih breastpump, Alhamdulillah, dapat hadiah breastpump pulaakkk... Dapat Avent Manual... Sebenarnya tak consider pun yang manual ni, sebab byk yang dok kata susah and lenguh pakai manual ni... Tapi dah dapat hadiah kan, so saya pun study la pam ni... Cari dalam internet, tanya senior-senior yang guna pam ni... And rupanya, banyak gak review yang bagus-bagus... Alhamdulillah, pam ni dah berkhidmat almost 3 years dah pun dengan saya ^_^
Anyway, bile sampai time bersalin, saya sangat confident yang saya boleh breastfeed anak saya, konon-kononnya dah cukup la ilmu di dada... Tapi rupa-rupanya, nak breastfeed ni, sangat besar cabarannya.. Bermula daripada hari saya melahirkan my baby, sampai la ke hari yang terakhir saya menyusukan dia...
Lepas bersalin, Alhamdulillah, proses awal semuanya berjalan lancar.. Tapi, ditakdirkan anak saya kena jaundis dan ditahan wad lagi... Dan disebabkan saya memilih untuk breastfeed anak saya, jadi saya pun stay dengan baby saya... Tapi, yang betul-betul mencabar saya, adalah paeds saya sendiri tidak menyokong penyusuan ibu.. Pelik kan? Dia paeds, patut die lbh tahu... Tapi ini terbalik pulak... Anak saya jaundis tak turun-turun... Dia kata sebab anak saya dehydrated... Tak cukup susu... I was like, takkan Allah suruh kita susukan anak kita, tapi dia tak bagi kita susu... Teringat kata-kata seorang rakan, perut baby baru lahir hanyalah sebesar sebiji anggur... (Atau sebiji guli seperti di dalam gambar di bawah).
Rakan saya turut menambah bahawa pada peringkat permulaan, bayi hanya ingin "bermanja-manja" dengan kita, sebab dia baru je keluar tengok dunia kan... Yang familiar bagi dia hanyalah kita... Jadi, untuk rasa secure, baby perlu sentiasa dipeluk, dibelai dan dibreastfeed pada awal kelahirannya...
Namun, paeds saya tetap berkeras ingin memberikan FM kepada baby saya.. Saya pun berkeras tak mau... Tapi paham-paham jela kan, kita baru bersalin... Saaaangat depressed masa tu... Air mata ni tak berhenti-henti mengalir... Literally, ok... Sampai semua orang risau... Dalam hati doa moga Allah tunjukkan pada saya apa yang patut saya buat... Paeds saya sampai mintak saya menurunkan tandatangan yang saya akan bertanggungjawab kalau apa-apa terjadi ke atas anak saya... Reason dia sebab dia dah nasihat saya tak ikut... Hehe... Sebab saya keras hati, saya sign jugak... Dalam hati, saya serah semua kepada Allah je... Seriously saya tak tahu apa risknya... Saya tawakkal je pada masa tu...
Dan Alhamdulillah, setelah 5 hari berendam air mata dan berkampung di hosp, jaundis anak saya turun.... Dapatlah kami keluar dari hosp... Masa tu lega tak payah nak cakap lah... Awal-awal dah pakaikan cantik-cantik... Gambar yang kat atas tu gambar nak balik dari hosp la... Hehe...
Sampai sekarang saya tak boleh lupa pengalaman saya gado dengan paeds tu... Saya lawan je biar tak tahu pun apa akan jadi kalau saya tak ikut cakap dia... Tapi I'm glad I did... Sebab antara langkah untuk berjaya breastfeed ialah tidak memberikan baby FM di peringkat awal... Kerana once baby dah dapat FM, dia akan kurang minum susu kita, and production susu kita pun akan berkurangan... And bila dah start bagi FM pun, baby lagi prefer FM dari BM, sebab FM senang je nk minum, laju je keluar... tak perlu "bersusah payah" mcm BM...
Sekarang, antara nasihat saya kepada rakan-rakan yang ingin bersalin ialah, kuatkan diri untuk breasfeed... Especially kt hosp... Sebab ramai yang akan kata tak cukup susu la, baby lapar lagi la... Semua tu tak betul... Allah dah regulate badan kita betul-betul dah... Keraskan hati, tetapkan hati yang anda ingin berikan yang terbaik buat anak anda... Percayalah, you can! Kuncinya ada pada anda... Anda nak, atau tak nak je...
Kalau perlukan consultation atau maklumat lanjut atau tips atau apa-apa sajalah pasal menyusu, you are most welcome to contact me... I'll be happy to assist you :)
Wafee
Shaklee ID: 1072565
wafeeshaklee@gmail.com
012-3772115 (SMS/Whatsapp)
No comments:
Post a Comment