Thursday, 30 October 2014

Segmen Pencarian Bloglist November & Disember 2014

Assalamualaikum



29 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014


Jom Support Kisahsidairy.com

Set haji / Umrah

Lepas dapat confirmation dari syarikat umrah aritu, member saya pesan...
Nanti sebulan sebelum pergi.. start makan vitamin c.. n kat sana bawak vitamin c.. rendam kaki dalam air suam with bunga cengkih n garam bukit... utk blood circulation n preparation kaki utk jalan kt sana.. vitamin utk elak sakit demam selsema.. alhamdullilah I amalkan I sihat sepanjang kat sana.. tido 4 jam je..

Saya senyum je... Lega sebab memang dah amalkan vitamin C ni... Tapi lepas tu baru teringat, alamak, kena bagi kat my husband and mother-in-law gak ni... Disebabkan stok dalam tangan dah habis, terus pergi branch and grab sebotol untuk mother-in-law... Hubby share je dengan saya, tapi after that day, start bagi hubby makan every day... Sebelum ni ade gak bagi, tapi bila teringat je...


Terus grab sebotol SR Vita-C utk MIL
Tapi ni persediaan sebelum kami pi... Di bawah ini pula cadangan saya sebagai set haji atau umrah supaya kita sentiasa cergas dan bertenaga untuk menjalankan ibadah haji/umrah...

Tuesday, 28 October 2014

Risiko Hb rendah

Semua asyik cakaaap je Hb rendah bahaya, Hb rendah berisiko... Tapi apa yang sebenar-benarnya boleh berlaku kalau Hb rendah ni? 

Especially kalau checkup kat klinik kerajaan... Hb bawah 10 je, dah ditulis dengan pen merah... Then setiap 2 hari kena g cek pressure, tgk ok ke x... Leceeehh... Kalau kat private pun, memang kene observe gila2 la kalau Hb rendah ni...

Haaa... Jom kita tengok apa kesan-kesannya terhadap ibu, dan juga terhadap bayi dalam kandungan...

Kesan kepada ibu

· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit


Kesan kepada bayi dalam kandungan

· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premature atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Fuhh... Takutnye baca kesan2 HB rendah kan?? Jangan risau.... Shaklee ade menyediakan Vitalea - multivitamin yang telah membantu ramai ibu-ibu yang mengalami masalah HB rendah ni....

Yg bestnye, kalau ubat yg doc bg utk naikkan HB tu, mcm2 side effect die... Jd sembelit, najis jadi itam... tapi vita-lea tak pun! rs mcm biasa je... N HB pun blh naik dalam masa seawal seminggu je! Kalau nk boleh contact saya ye :)



Wafee

Monday, 27 October 2014

Sustained Release Vita-C




Kandungan

Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.  Ia juga merupakan co-factor dalam sekurang-kurangnya 8 tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi.


Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Basically, yang bestnya Sustained Release ni, kalau skali kita amek satu pil tu, dia takkan serap semua.. Tetapi, dia akan lepaskan 100mg setiap sejam... So satu pil tu dapat bertahan dan membekalkan vitamin C kepada badan kita selama 5 jam lamanya... 


Fungsi-fungsi vitamin C

  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Good for
  •          Perokok
  •          Penghidap darah tinggi
  •          Orang stress
  •          Orang yang gusi/hidung berdarah
  •         Orang yang tak makan buah and sayur
  •          Selsema

P/S1: Saya selalu kalau rasa selsema atau demam coming, telan je sebiji SR Vita-C ni, and after 6-8 hours, telan sebiji lagi... Insya Allah selesema/demam tu terus tak jadi nak datang... So SR Vita-C ni sangat baik sebagai pendinding badan kita terhadap penyakit-penyakit yang sangat common di sekeliling kita ni..

Sooo... Kalau nak cuba, u know what to do :)
I'm just a phone call/SMS/chatbox awayyy :)




Wafee
NakShakleeCariSaya!
0123772115

Thursday, 23 October 2014

30 tanda-tanda awal kehamilan

Kehamilan biasanya dapat dirasai lebih awal, dan tanda-tandanya berbeza mengikut individu...

Ada banyak tanda-tanda awalnya, termasuklah:


  1. Loya
  2. Muntah
  3. Kerap kencing
  4. Rasa sengal-sengal pada ari-ari
  5. Period tak datang
  6. Kaki lenguh bila pakai kasut tinggi
  7. Fatigue - Penat yang teramat sangat
  8. Sangat peka pada bau
  9. "Spotting" - boleh berlaku apabila telur yang telah bersenyawa melekat pada dinding uterus
  10. Terlalu sensitif; cepat tersentuh hati/terasa hati/marah
  11. Payudara berdenyut-denyut
  12. Cepat mengah
  13. Tidak bermaya/bertenaga seperti biasa
  14. Cepat penat/lesu
  15. Asyik lapar je
  16. Hilang selera makan
  17. Rasa tak selesa di bahagian perut bila pakai skirt/seluar/kain, walaupun biasa pakai dan tidak ketat
  18. keputihan lebih dari biasa
  19. Badan rasa panas
  20. Nafsu seks meningkat
  21. Sakit di bahagian pinggang/belakang/punggung
  22. Mengidam
  23. Perubahan bentuk badan - punggung/muka
  24. Payudara membengkak dan melembut
  25. Sembelit
  26. Kembung perut/bloated
  27. Kawasan areola payudara menggelap
  28. Sentiasa berasa mengantuk
  29. Susu merudum teruk (kalau masih menyusu)
  30. Puting berasa sakit semasa anak menyusu (kalau masih menyusu)


Kalau anda ada 10 tanda atau lebih, Insya Allah, ada la tuuuu... Hehe... Tapi tak boleh nak kata gak... Sebab banyak yang sama dengan PMS pun kan? And ada kemungkinan juga anda boleh mengalami tanda-tanda ini disebabkan honeymoon blues ataupun penyakit kencing kotor (UTI - urinary tract infection)...


Cara yang paaling reliable is, period tak datang... Tunggu smpi 2 minggu lambat, buatlah UPT... Insya Allah ada la tu :)

Semoga bermanfaat :)

Wednesday, 22 October 2014

Breastfeeding gears yang diperlukan

Bagi new mothers, mesti you all tak tau apa yang perlu, apa yang tak perlu kan... Nanti you all end up beli everything, ataupun last minute kelam kabut sebab yang perlu tu takde... Hehe... So saya sediakan list ni berdasarkan pengalaman saya...


Apa yang wajib ada

Pam
Breastmilk storage (botol atau storage bag tak kisah)
Nursing bra
Breast pad (washable atau disposable tak kisah)
"Penyidai" botol
Cooler bag
Ice pack


Pam yang telah berkhidmat untuk saya selama 2 orang anak..
Tapi nak masuk yang ketiga ni dah kene beli baru.. Hehe

Contoh penyidai botol... Image credit to en google :)


Optional

Sterilizer - yang ni beli pn boleh, tak beli pun boleh... Better u all tgk dulu, lepas bersalin, lepas breastfeed, sama ada anda perlu ataupun tidak sterilizer ni... Setengah orang lebih suka cara tradisional... Rendam je air panas mendidih... Lebih mudah...

Warmer - ni pun optional... Saya ada satu... Tapi guna hanya bila travelling je... Berguna jugak, sebab boleh panaskan makanan baby jugak... Tp my mom n my babysitter dulu, lebih suke rendam air panas je... So warmer ni tak guna sangat pun...

"Hands-free" bra - yang ni pun "free"kan hands masa mengepam... Well, bagi saya tak perlu, sebab kalau u all tau cara, sangkut je pada nursing bra u all yg biasa tu... Blh je jd hands-free jugak... Hehe

Nursing cover - yang ni ada macam-macam jenis... Ada yang jenis shawl, ada nursing hat... Tapi semuanya terpulang pada individu... Tapi bagi saya, lebih senang pergi je nursing room yang sekarang makin banyak disediakan di tempat-tempat awam, takpun surau-surau... Ataupun, bila dah mahir nanti, boleh je nk breastfeed macam tu je... Just pastikan aurat kita terpelihara je ye :)


Itu je rasanya... Kalau saya ada ingat apa-apa lagi, saya akan update k...

Semoga bermanfaat :)

Tuesday, 21 October 2014

Kenali jerawat anda



Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.


Perasan tak? Mostly sebab kurang minum air dan juga sebab lifestyle... Hmmm... Kena cek balik ni...

Di samping itu, Shaklee juga ada menyediakan jawapan kepada masalah jerawat anda...

Vita-E complex yang superb! Baca jela testimoni bawah ni...








Wafee
NakShakleeCariSaya!
0123772115

Monday, 20 October 2014

Cinch Shake Mix



Cinch set ini, merupakan produk dari Shaklee yang memang dikhususkan untuk weight management... Cinch set ni merupakan meal replacement yang cukup lengkap nutriennya, yang mengandungi nutrien yang mencukupi untuk 1 hidangan.

Cinch Shake Mix didatangi dalam 3 perisa; Vanilla, Cafe Latte and Chocolate... Just campurkan 1 scoop dengan air, and you're good to go!

So jom kita zoom lebih dekat Cinch Shake Mix ni.. Kenapa hebat sangat eh? :)


Apakah itu Cinch Shake Mix?

Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berkhasiat yang membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietari ini juga diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan untuk memelihara otot semasa terjadinya pengurangan berat badan. Senang kata, Leucine membantu anda menghapuskan lemak, tetapi dalam masa yang sama, memelihara otot anda.

Protein yang terkandung di dalam Cinch Shake digunakan untuk membina otot, dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga boleh manahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan di antara waktu-waktu makan.


Apakah kelebihan Cinch Shake?

Cinch Shake ini memberi faedah seperti satu meal, tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut.


  • Indeks glisemik - 22; sesuai untuk penghidap kencing manis
  • Dengan rumusan Cinch Pro, campuran eksklusif protein dipertingkatkan dengan leucine
  • 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang
  • Tinggi kandungan serat - 6 gram serat setiap hidangan
  • Glisemik yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberikan 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) kepada 21 vitamin dan mineral penting
  • Penggunaan soya Non-GMO
  • Tiada perasa, pewarna atau pemanis tiruan 


Soooo... Kalau nak kuruskan badan dan mengurangkan berat secara sihat, bolehlah cuba Cinch Shake ni... Cinch Shake ni jugak akan mengelakkan kulit-kulit kita menggeleber lepas kita lose weight tau!

Kalau nak cuba, bolehlah hubungi saya seperti di bawah ye :)

Looking forward to hear from you! :)





Wafee
NakShakleeCariSaya!
0123772115



Alhamdulillaaaah... Hb cantikkkk :)

Semalam check-up baby... Alhamdulillah semuanya OK :)

Part yang paling saya tak suka, is kena ambil darah... Dahla last time cek Hb, Hb cukup-cukup makan je... 11.3 je... Jadi this time kena amek setong... Saya panggil setong sebab bagi saya dah banyak sangat la tu... Hehe

Xtau la kenapa, urat saya ni memang susah betul... Setiap kali g checkup, mesti kene cucuk dua-dua belah :(

Semalam pun :(

Tapi berita gembiranya, Hb cantik kali ni! Tengok la kat bawah ni... Mungkin you all dah biasa, tapi bagi saya, memang ini sangat-sangat luar biasa! Hehe



Hb 12.4 :)

Sepanjang pengalaman saya mengandung dah tiga kali, ni laaa yang paling tinggi tau... Huhu... Biasa memang around 10+ sampai 11+ je... Yesss... 10.8 pun pernah.... Bagi KK memang dah di bawah paras normal la tuuu... So apa yang saya kene buat? Setiap 2 hari kene p cek tekanan darah... Me don't like :(

So apa yang saya buat yang lain dari sebelum-sebelum ni? Hehe... Kali ni, tentulah saya makan Shaklee... Saya ambil set hamil Shaklee... 

And memang Vita-lea yang terkandung dalam set tu, telah terbukti boleh menaikkan Hb... Tapi dalam hati risau gak... Sebab diri sendiri belum merasai sendiri pengalaman tu... Tapi now saya sangat happy! ternyata Shaklee ni reliable! Hehe

Kalau Hb you all rendah jugak, boleh la cuba Vita-lea ni... Confirm tak kecewa! :)




Wafee
NakShakleeCariSaya!
0123772115

Saturday, 18 October 2014

Tips menghadapi jerebu

Jenis-jenis Masalah Kesihatan Akibat Jerebu

Jerebu boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada semua golongan terutamanya kanak-kanak, orang tua, pesakit lelah dan pesakit berkaitan pernafasan yang lain, ibu hamil, mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah, perokok dan lain-lain lagi. 

Pendedahan kepada udara tercemar seperti jerebu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit, mata, penyakit paru-paru seperti lelah, bronkitis, resdung dan sekiranya berpanjangan boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, darah tinggi dan juga kematian. Terdapat bukti yang menunjukkan pendedahan udara tercemar secara berpanjangan juga boleh membantut perkembangan paru-paru di kalangan kanak-kanak.


Panduan Hadapi Jerebu

Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesama, asma, sakit mata, jantung atau penyakit paru-paru kronik perlu ke klinik dengan segera jika keadaan bertambah buruk.

i) Golongan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti dinasihatkan dan suplimen tambahan sebagai pencegahan awal

ii) Orang ramai dinasihatkan tinggal di dalam bangunan atau rumah

iii) Orang ramai perlu sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

iv) Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (IPU melebihi 100)

v) Minum air yang banyak

vi) Pakai penutup hidung (nasal mask) terutama sekali bagi semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau tempat berhabuk.

vii) Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa dan sanak saudara yang berpenyakit tidak dibenarkan merokok dalam rumah

viii) Jika kenderaan berhawa dingin sentiasa guna dan elakkan membuka cermin kereta

ix) Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.


Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Hadapi Jerebu

Berikut adalah cadangan vitamin Shaklee yang boleh diambil terutamanya pada musim jerebu iaitu:

1) Vivix

2) Nutriferon

3) Chew Vita-C Plus

4) CoQHealth

5) Garlic Complex

6) Performance Drink

7) Omega Guard

Credit: Dr Najihah

Thursday, 16 October 2014

Aquaria, KLCC


Saya sangat-sangat sukakan Aquaria... Sebab Aquaria is not your ordinary aquarium tau... Binatang-binatang kat sana semua eksotik tau...

Tapi nak amek gambar susah sket... So layan jela ape gambar yg ade ye... Hehe...

Masuk-masuk je, ada piranha... Nampak macam biasa je, tp tunggu jela feeding time daily kol 4pm... barulah terserlah ke'piranha'annya... Hehe

*Gambar credit google

Next sessionnya, 'petting' corner... Ada starfish, ada gamat, ada belangkas... Shark pun ada... Tapi den tak pegang.... Takooooot.. n geli... hehe

Jadinya pinjam gambar dari en Google jela.... Hehe



Then ada juga 'otters dome'... Yang ni pun susah nak amek gambar... Ape yg ade jela eh... Sebenarnya, kat bahagian atas tu, dalam air tu, sepatutnya ada otters... Tapi time ktrg pergi tu, xde pulak... So amek dengan dome jela... Hehe




And ni gambar ikan-ikan lain yang nama pun saya tak ingat... Huhu... And also jellyfish yang sangat memukau hati :)










Tengok muka Fateh tuuu


Dengan Aqish!

Tunnel die pun antara tarikan yang menarik... Ikan-ikan semua bukan ikan yang biasa kita tengok... Terpukau sangat sampai lupa nak amek gambar... Hehe


Jadinya pinjam la lagi gambar dari En Google... Hehe
Ni gambar sharks yang melekat pada dinding tunnel

Shark lagi


Ada jugak seahorse di penghujung pameran.... Sangat comel tau... Boleh takkk, sebelum ni dok igt seahorse ni binatang mythical... Bila tengok sendiri baru tau rupanya wujud seahorse ni... Haha! Darat betul aku...


Ehsan google

Ok, sebelum nk tamatkan N3 ni, ada satu lagi nak pesan... Kalau u all keje gomen, GLC ke, kalau u all student, (blaja sambil keje ke) sila bawak pass/student card anda yeee.... Sebabnyeeee, ada diskaun... Dia tak tulis puunnn... U all kena tanya baru dapat... Huhu


Admission fee:

  • Adult = RM38
  • Govt servant = RM28 (kena bawak pass card)
  • Student = RM30 (kena bawak student card)
  • Child = RM28
  • Senior citizen = RM28

Enjoy! :)

Wednesday, 15 October 2014

Wordless Wednesday






Kuasa 'berangan'

Visualisation ni ialah membayangkan anda TELAH pun mencapai apa yang ingin anda capai.. Insya Allah, you are already a step nearer to achieving it...

Cubalah! Anda akan merasai keajaibannya :)

Tuesday, 14 October 2014

Checklist untuk bag baby

Arini saya nak buat checklist untuk ibu-ibu yang nak bersalin... Tapi jangan tunggu last minute ye yang! Kang ada benda yang terlupa kang... Siapkan barang-barang ni, packing siap-siap dalam beg, masukkan dalam kereta siap-siap... Sebab kita tak tau bila kita nak bersalin :)

Sebaiknya load dalam kereta masa kita mengandung 7 bulan... Sebab from that point, anytime dah boleh bersalin :)

Barang untuk baby

Baju sepersalinan
Pampers (4 keping cukup)
Bedung/barut baby
Selimut baby (receiving blanket)
Tuala tangan
Minyak TYT/minyak baby yang lain
Mittens
Boots
Wipes
Topi (optional)

Barang untuk baba

Kain pelekat
Toiletries
Baju sepersalinan
Kamera


Barang untuk mama

Baju sepersalinan (untuk balik)
Tudung instant
Toiletries
Towel
Bengkung
Selipar
Minyak panas
Disposable maternity panties (kat farmasi ada)
Maternity pads
Nursing bra
Breastpad (disposable/washable)
Socks
Kain batik
Handphone/charger/power bank
Buku merah
Surat GL (isi siap2)


* Untuk baby, tak perlu bawak banyak sangat barang... Sebab semuanya hospital yang sediakan... Biasanya, kita nak balik tu baru nurse mintak baju baby untuk salin... Pampers semua dorg sediakan...

* There are things yang nampak simple, tapi bila hari kejadian, kelam kabut habaq ang... contohnya macam kamera, handphone, charger... Cer bayangkan, kita bukannya tau bile nak bersalin, kena-kena di saat-saat yang bersejarah, tengok-tengok handphone bateri low plak... Kamera plak terlupa bawak... Sayaaang... Hehe

* Kalau u all ada insurance, isi siap-siap borang GL tu... Takde la husband terkial-kial nak mengisinya last minute nanti...


Psstt... Kalau dah ada Set Berpantang Shaklee, boleh bawak sekali... Sebab set ni boleh diambil terus lepas bersalin... Tak perlu tunggu 2 minggu dulu ke, baby bebas jaundis je... Sebab Shaklee ni sentiasa Selamat, Semulajadi dan Berkesan :)
Belum ada? Boleh contact saya untuk mendapatkan set yang super duper ni kay :)


Gambar Iman Sumayyah balik dari hospital :)



Gambar Iman Al-Fateh masa balik dari hospital :)

Jom join keluarga Shaklee kami!

Wafee
NakShakleeCariSaya
0123772115


Monday, 13 October 2014

7 kriteria memilih supplement soy protein





  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic  
~ Kenapa soy beans mesti ditanam secara organic?? sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.


  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)
~ Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered? Sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan ke dalam sel tumbuhan.


  • Soy Protein tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu
~  Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone, jus penghadaman, antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.


  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol
~ Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang


  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan
~ Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau ada bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.


  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan
~ Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result


  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?
~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yg demikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah cukup kalsium..

Credit to PM Cery


Untuk mengorder supplement soy protein yang terbaik ni, bolehlah hubungi saya ye :)


Wafee
NakShakleeCariSaya!
0123772115

6 tips persediaan penyusuan bagi new mothers

Salam ibu-ibu dan bakal-bakal ibu semua... Enjoying your pregnancy? Mesti tak sabar nak tunggu baby keluar kan :)

Harini saya nak share sket tips penyusuan untuk persediaan bagi ibu-ibu yang baru nak melahirkan... Tak kira la anak first ke, anak ke berapa ke, nak menyusu ni, mesti bersedia dari segi mental dan fizikal...

Sunday, 12 October 2014

Cerita Raya Kami

Biar lambat, asal masuk gak cerita ni dalam blog... Hehe... Ni cerita raya kami... Tahun ni raya haji kami sambut kat Kelantan.. Aritu aqiqah kat KL, buat sekor kambing je untuk Fateh, so raya ni buat lagi sekor...

Tapi sebelum tu, jom kita bergambar dulu :)


Fateh's first jubah

Wednesday, 8 October 2014

Butterflies in my stomach

Expression butterflies in my stomach ni sebenarnya bermaksud berasa cuak, nervous, berdebar-debar, menggelabah dan sewaktu dengannya... Biasanya orang akan menggunakan ungkapan ni bila kena bercakap depan orang ramai, ataupun tiba-tiba terjumpa orang yang kita minat...

Tapi, today saya nak gunakan ungkapan ni, untuk maksud yang lain... Sebab this time, i mean it LITERALLY... Hehe... Sebab apa tau? Sebab saya dah rasa baby saya gerak!

Sebenarnya, dari last week lagi... Tapi macam caya tak caya... Sebab macam awal sangat je? Saya baru 14 weeks minggu ni... Tapi bila google2, ramai rupenye kawan2 yang rasa gak awal2 cmni... Cume first time mommy je yg lambat sket... Dari minggu lepas, dok perati perut masa mandi... Nampak berombak je... Kadang-kadang senget sebelah pun ada... Hehe

Rasanya, this the best part of any pregnancy... Yela, takkan la orang suke plak kalau mabuk2, loya2, muntah2 tu kan... Hehe... To me kan, this is the time yang mothers je boleh enjoy... Orang lain tak boleh... Orang lain boleh dengar je cite, tapi tak boleh rasa... Only mothers je yang rasa the sensation kan?

Rasa dia macam mana? Macam ada kupu-kupu dalam perut tengah terbang-terbang... Hehe...





Enjoying your pregnany? Jom cukupkan nutrisi anda dengan Set Hamil dari Shaklee :) 


Wafee
NakShakleeCariSaya
0123772115

Segmen Bloglist Exchange by Anne Nurain


Ok, first time cheq nak bersegmen-segmen ni... Hehe... Tengok Anne buat macam senang je... Hehe... So sebok nak join gak :p




Syarat-syarat:

1. Follow blog penganjur Anne Nurain (ni dah lama buat.. Hehe)

2. Buat n3 "Segmen bloglist exchange by Anne Nurain (tengah buat :p)

3. Tepek banner sekali dengan backlink (Weee... Dapat ilmu baru... baru tau macam mana nak backlink pada banner... Hehe.. Saya budak baru belajar)

4. Tag 3 orang blogger (so saya nak tag Kak Ana, Kak Linda & Kak Yati)

5. Tinggalkan URL n3 ini pada ruangan komen (will do bila dah siap... Hehe)

6. Buat bloglist baru yg ada blog penganjur & peserta2 (ni pun will do bila n3 ni dah siap... Hehe)



Done!! Jom join jugak korang :)