Tuesday, 23 December 2014

Selamat tinggal kawan-kawanku!

Bismillah....

I am writing this on the way to KLIA2... Alhamdulillaah, hajatku kali ini dimakbulkan Allah... Eh, orang kata selagi tak naik kapal terbang tak confirm lagi... Huhu...

Belum sampai Arab Saudi dah banyak cabaran... Cuba bayangkan, flight pukul 12.20 tghari harini, kene ada sana pukul 9am... Visa? Baru confirm pukul 7.30 malam tadi!! 

Sejujurnya, terasa kerdil diri ini nak pergi ke Makkah... Nak pergi ke rumah Allah... Terasa banyak kekurangan lagi... Dosa-dosaku yang menggunung... Yang tak layak rasanya diri ini nak menjejakkan kaki ke sana...

Tapi, disebabkan itu jugalah semakin kuat keinginanku untuk pergi ke sana... Untuk mengadu pada Penciptaku, mengapa susah sangat hati ini nak Istiqamah... Mesti ada mengelat mana-mana... Nak mintak petunjuk dariNya... Nak nangis puas-puas depan Ka'abah nanti...

Oklah... Have to go... Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali....

Till we meet again :)




Wednesday, 3 December 2014

Wordless Wednesday


Jom kita amalkan...

Janganlah kita menjatuhkan self-esteem anak-anak kita sebelum mereka dewasa lagi....

They need our love as much as possible now :)



Tuesday, 2 December 2014

Sesi meroti: Roti Sosej

Salam semua Blog Wafee readers :)

Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blogku yang tak seberapa ni :)

Diharap daripada apa yang saya share, dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kat you all :)

Hari ni saya nak share sikit resipi yang simple & easy and anak-anak memang sukeeee sangat....

Resipi ni saya adaptasi dari sini: http://www.myresipi.com/top/detail/916


Roti Sosej Mini


Bahan-bahan untuk roti

200ml air
4 cawan tepung roti (high-protein flour)
5 sudu besar gula
1 sudu kecil
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
2 sudu kecil yis
60ml butter


Bahan-bahan untuk inti/topping

Sosej
Sos
Cheese
Bread crumbs


Setting bread maker

8 (dough)


Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan-bahan untuk roti ke dalam breadmaker mengikut turutan di atas. Pastikan garam dengan yis tidak bersentuhan secara fizikal ye.. Sebab garam boleh mematikan yis...

Jadi pastikan la kalau you all letak garam belah sini, letak yis belah sana... Time uli nanti takpe...




2. Settingkan pada 8 untuk doh, dengan masa minimumnya 1 jam 30 minit... Kalau nak guna delay function pun boleh.. Ikut suka nak letak berapa jam...

Then tekan on, dan biarkan bread maker membuat kerjanya... Biasanya yang saya dok perati, dalam 1 jam 30 minit tu, 30 minit tu je dia uli, satu jam tu die nak biar dough tu naik... Jadi kalau you all guna 1 jam 30 minit tu, tak perlu la nak tunggu lagi lepas tu... Sebab dia memang dah kira siap-siap rising time tu... Sebaiknya, lepas abes 1 jam 30 minit tu, terus keluarkan.. Kalau biar lagi dia akan naik lagi sampai terkeluar...



3. Dah siap tu, keluarkan doh tu, dan uli/tekan-tekan/tumbuk sikit sebab nak keluarkan udara dia...

4. Buat bulat-bulat adunan tu... Saiz ikut suka... Sosej potong dua-dua... Adunan ini saya buat dapat 12 bun... So I need 6 sausages... Saya tak sebut kat atas sebab ianya bergantung pada saiz yang anda buat... Kalau buat besar-besar, dapat less... Kalau buat lagi kecik daripada saya, dapat more...

5. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit... Then, sapukan sedikit butter di atas setiap bun tadi.

6. Siap untuk dimakan! Hehe... Makan panas-panas sedap niii...




Selamat mencuba :)

Monday, 1 December 2014

UPT positif after setahun menunggu :)

Allah Allah Allah...

Tak terucap rasanya syukur saya pada Allah...

Jumaat lepas dapat msg ni...

testimoni set kesuburan shaklee

This is one of the things yang keep me going sebenarnya... Rasa happy dan terharu sangat dapat tolong member lama.... Nak nangis rasa masa dapat msg daripada dia macam ni...

Tak pernah terbayang perkara ini akan jadi pada saya...

Yup... Antara kegembiraan kami SID-SID Shaklee sebenarnya macam ni lah... Bila berjaya membantu kawan-kawan yang lain menambah baik hidup mereka...

Set kurus, set cantik, set detoks dan lain-lain set saya dah biasa... Tapi tak pernah terbayang dapat membantu member dengan set kesuburan Shaklee...

Setelah lama mencuba, akhirnya Allah makbulkan hajatnya... Dan of course, bukan dia je yang gembira...

testimoni set kesuburan shaklee

Mereka sekeluarga memang dah lama menunggu dan menginginkan kehadiran orang baru dalam family mereka :)

Tengoklah berapa lama kami msg... Dari kol 4pm sampai kol 6pm tau... Memang dia happy sangat-sangat bila dapat tau preggy..

Saya memang sapa-sapa preggy pun rasa happy... Tapi dia special sikit, sebab dah tunggu lama :)


Kisah Puan L

Anak first dia ni, sebaya anak first saya... Next year 4 tahun...

Lepas bersalin anak first dulu, dia pakai IUCD sebagai perancang keluarga...

Tanggal Nov 2013, bila dah rasa nak tambah anak lagi, IUCD pun dibuang...

Namun, setelah hampir setahun mencuba, masih tiada hasil...

Bila dia tau saya jual Shaklee, dia contact saya... Tanya pasal set kesuburan... Saya cadangkan dia cuba GLA.... Sebab GLA ni untuk regulate hormon... Boleh tau lebih lanjut mengenai GLA ni di sini: GLA Complex. Sebagai tambahan, dia ambil juga Bcomp sebab ada acid folic...

Habis satu cycle... Masih tak mengandung... Masa tu dia ada contact saya... Dan daripada msg-msg dia tu, saya dari jauh pun dapat rasakan kesedihan dan kekecewaan dia... Tapi saya nasihatkan cuba lagi, dan jangan lupa doa mintak pada Yang Maha Esa... Sebab apa pun yang terjadi, dengan izinNya jua...

Dah rezeki dia, masuk second cycle, dia dah disahkan mengandung... Allaah... Saya pun terasa bahang kegembiraan dia tu... Memang rasa syukurrrr sangat...



Kita wajib berusaha

Apa pun yang terjadi, semuanya kehendak Allah... Tapi kita sebagai hambaNya, WAJIB berusaha... Bukan duduk goyang kaki... Jangan salah faham maksud Tawakkal... 

Tawakkal bermaksud serah segalanya pada Allah, SELEPAS kita berusaha... Jangan harapkan miracle akan jadi tanpa kita berbuat apa-apa...

Memang, rezeki anak-anak ni, bergantung pada individu... Ada yang senang, ada yang susah... Ada yang bunting pelamin, ada yang kena berusaha lebih sikit...

Dan yang penting, usaha ini mestilah datang dari kedua belah pihak... Sebab tulah dalam Shaklee, ada set kesuburan perempuan, dan juga untuk lelaki...

Sebab masalah tu, bukan sahaja boleh datang daripada perempuan, tapi kadang-kadang si suami yang mempunyai masalah...

Apa yang penting, kita berusaha sehabis baik...




Kalau kawan-kawan nak tahu lebih lanjut pasal set kesuburan Shaklee, bolehlah menghubungi saya... Insya Allah, saya akan berkongsi segala ilmu dan pengalaman saya dengan kawan-kawan...

Dan jangan lupa, doa kepada Allah minta dia berikan yang terbaik pada kita :)



It depends on how much you want it :)

Jom join keluarga Shaklee Kami


Wafee
0123772115

Thursday, 27 November 2014

Indah khabar dari rupa...

Pernah tak jadi macam ni kat you all?? Hehe

Tengok dalam gambar cantik je... Tapi bila buat sendiri... Tak jadi macam dalam gambar... Huhu





















Sumber dari says.com

Thursday, 13 November 2014

Darah tinggi semasa hamil

Salam semua!

Saya selalu dengar keluhan rakan-rakan yang bila mengandung je, kena darah tinggi atau kencing manis... Sampai fobia jadinya nak mengandung lagi... Sebab apa? Sebab bila ada penyakit-penyakit ni semasa mengandung, ada risiko kena bersalin cesarean...

Tapi sebenarnya ada caranya... Ada cara untuk control, dan ada cara untuk mengelakkannya.... Tapi mula-mula, jom kita tengok risiko-risikonya dulu...

Apakah risiko menghidap darah tinggi semasa hamil?


  1. Kurangnya aliran darah ke plasenta > menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen yang disalurkan kepada bayi > perkembangan bayi menjadi perlahan dan kemungkinan bayi dilahirkan dengan berat badan yang rendah
  2. Placental abruption; iaitu kejadian di mana plasenta terpisah dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Simptom yang biasa adalah pendarahan yang banyak
  3. Kelahiran pramatang atau bayi terpaksa dikeluarkan sebelum tempoh matang
  4. Terjadinya pre-eclampsia. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada organ-organ yang penting seperti buah pinggang, hati dan otak.


Siapakah yang berisiko untuk kena darah tinggi semasa hamil?
  1. Wanita yang hamil kali pertama selepas umur 35 tahun
  2. Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi sebelum mengandung
  3. Wanita yang mempunyai sejarah pre-eclampsia dalam kehamilan terdahulu
  4. Wanita yang mempunyai migraine
  5. Wanita yang mempunyai keluarga terdekat yang mengalami pre-eclampsia semasa hamil
  6. Wanita yang terlalu kurus atau terlalu rendah
  7. Wanita yang hamil kembar (sumber:http://drzubaidi.com/blog/darah-tinggi-semasa-hamil/)

Tips untuk mengurangkan dan mengelakkan daripada terkena penyakit darah tinggi semasa hamil

1. Kurangkan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi. Contohnya fast food, ikan masin, maggi, makanan bergoreng dan lain-lain.

2. Banyakkan minum air fresh orange. Pastikan yang 100% juice ye! Buat sendiri lagi baik. Orange juice dapat membantu menurunkan tekanan darah, serta mengandungi vitamin C yang boleh mencantikkan kulit dan menguatkan imun badan. 

3. Banyakkan makan tomato, daun sup dan batang celery. Sayur-sayuran ini juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Sebaiknya, makan sayur-sayuran ini setiap hari!

4. Minum air asam jawa. Asam jawa juga baik untuk mengubati batuk dan sakit tekak. Ibu mengandung kan tak baik makan ubat-ubatan sangat...

5. Banyakkan bersenam. Senaman juga dapat membantu memudahkan kita bersalin nanti :)

6. Rileks, jangan stress-stress... Jangan buat kerja kelam-kabut, jangan buat kerja berat-berat... Don't overdo anything at all ok darlingss :)




Semoga dengan tips ini dapat menjadikan kehamilan anda sesuatu yang indah untuk anda lalui :)

Mohon Share jika anda rasakan tips ini berguna... Mungkin ada rakan-rakan anda yang mengandung yang memerlukannya!

Tuesday, 11 November 2014

Alhamdulillaaah, akhirnya dapat jugaaak ^_^

Setelah dua minggu mencari, setelah 3 Giant diterjah... Akhirnya di Giant ke-4 saya dah temui apa yang dicari!! Hehe... Legaaa sangat... Nak tau apa yang saya nak sangat tu? Jeng jeng jeng...


Bread maker!! Hehe... Macam rajin sangat nak membaking kan... actually, bread maker ni memang untuk orang yang malas mcm saya... Hehe... Campak-campak je semua bahan dalam tu... Nanti bread maker (BM) ini akan menjalankan tugasnyaaa... Hehe

Inilah breadmaker saya! :)
Saya memang sangat suka makan roti... Semua jenis saya suka... Tapi dah ada BM ni, boleh la buat sendiriii.. Hehe

Sebelum ni tak tau pun kewujudan BM ni... A few weeks back, my colleague yang tunjukkan... Tapi dia tunjuk yang Panasonic... RM800 koo... Tak mampu den... Sekali nmpk dlm brochure Giant aritu, adaaaa... Murah pulak tu.. Ni saya beli tengah promosi RM199... Harga biasa RM239...

Mula-mula mmg tak yakin, sbb tak tau kualiti mcm mana... Tapi lepas tu, dok google-google, gali info, rupenya yang Giant punya ni, sama je dgn Elba punya... Cuma re-branding je... Tesco pun macam ni gak... Harga pun lebih kurang... So confident la sikit nak beli... Huhu

Nanti dah testing nanti saya share gambar k.... Ni tgh nak cari resipi-resipi yang best.... Tak sabar nak buat roti sosej... Tak sabar nak buat pizza sendiri.... Hehe... Kurang la keuntungan pizza hut & giant lps ni.. Kurang sorang customer pizza & roti dorg... Hehe...

Saya memang suke benda-benda yang memudahkan hidup saya ni... Macam Shaklee la.... Dah tak perlu risau sangat pasal taraf kesihatan kita... Semuanya dah improved lepas makan Shaklee.... Masalah sembelit anak, anak selalu sakit, masalah berat badan, semuanya dapat dikurangkan if not diatasi sepenuhnya :)

Hidup lebih mudah... Hehe... Pinjam tagline TM sattt...



Till next time ~