Tuesday, 5 August 2014

Kelebihan berpuasa 6 hari di bulan Syawal

Salam semua! Apa khabar arini? Jangan laa ade yang tak sihat sebab raya minggu lepas ye... Kalau ada, rehat lah secukupnya yee... Insya Allah baik la tu... Honestly, to me, rehat adalah ubat bagi baaaanyak penyakit.. Kalau tak cukup rehat, macam-macam penyakit datang :)

Arini nak cerita sikit pasal puasa 6... Rasanya ramai yang buat kan? Tapi tau tak u all ape kelebihan-kelebihan berpuasa 6 ni?


Jom kita tengok kat bawah ni:

1. Puasa sebulan di bulan Ramadhan + puasa 6 hari di bulan Syawal = pahala dengan puasa satu tahun!

Dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi SAW menjelaskan bahawa sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, dan menambah 6 hari di bulan Syawal, ganjarannya sama seperti berpuasa sepanjang tahun.

2. Melengkapkan kekurangan puasa Ramadhan

Seperti juga amalan-amalan sunat yang lain, puasa sunat 6 hari ini bertujuan untuk menampung kekurangan-kekurangan yang mungkin ada selama kita berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.

3. Menekankan kepentingan amalan sunat yang lain

Puasa 6 ini juga, bertujuan untuk menekankan bahawa ibadah bukan hanya pada masa-masa atau bulan-bulan yang tertentu... Senang kata, macam ni lah... Kita kan baru habis berpuasa sebulan bulan Ramadhan... Ingat senang ke nak sambung lagi 6 hari di bulan Syawal dengan rela hati?

4. Mengelakkan perut daripada terkejut

Setelah perut kita berehat selama sebulan, mesti dia terkejut kan tatkala mula-mula makanan masuk balik? Terutama sekali dengan open house-open house yang berderet-deret sepanjang bulan... Jadi inilah peluang kita untuk tidak membebankan sangat perut kita dengan makanan yang baaanyak secara tiba-tiba...

5. Dihapuskan dosa seperti bayi baru lahir

Imam Al-Tabrani ada mengeluarkan dalam susunan hadithnya yang bermaksud "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari di bulan Syawal, maka keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya"


Walahua'lam..

For me personally, saya suka buat puasa 6 ni sebab senang nak kawal nafsu... Kalau taaakkk, melantakkkk je... Hehe... Orang yang tak mampu nak kawal nafsu, tapi belum mampu nak kawen pun, Nabi suruh puasa kan... Kita ni puasa la sebab nak kawal nafsu makan... Hehe



Jom join keluarga Shaklee kami!


Wafee
NakShakleeCariSaya!
0123772115



4 comments: