Tuesday 2 December 2014

Sesi meroti: Roti Sosej

Salam semua Blog Wafee readers :)

Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blogku yang tak seberapa ni :)

Diharap daripada apa yang saya share, dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kat you all :)

Hari ni saya nak share sikit resipi yang simple & easy and anak-anak memang sukeeee sangat....

Resipi ni saya adaptasi dari sini: http://www.myresipi.com/top/detail/916


Roti Sosej Mini


Bahan-bahan untuk roti

200ml air
4 cawan tepung roti (high-protein flour)
5 sudu besar gula
1 sudu kecil
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
2 sudu kecil yis
60ml butter


Bahan-bahan untuk inti/topping

Sosej
Sos
Cheese
Bread crumbs


Setting bread maker

8 (dough)


Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan-bahan untuk roti ke dalam breadmaker mengikut turutan di atas. Pastikan garam dengan yis tidak bersentuhan secara fizikal ye.. Sebab garam boleh mematikan yis...

Jadi pastikan la kalau you all letak garam belah sini, letak yis belah sana... Time uli nanti takpe...




2. Settingkan pada 8 untuk doh, dengan masa minimumnya 1 jam 30 minit... Kalau nak guna delay function pun boleh.. Ikut suka nak letak berapa jam...

Then tekan on, dan biarkan bread maker membuat kerjanya... Biasanya yang saya dok perati, dalam 1 jam 30 minit tu, 30 minit tu je dia uli, satu jam tu die nak biar dough tu naik... Jadi kalau you all guna 1 jam 30 minit tu, tak perlu la nak tunggu lagi lepas tu... Sebab dia memang dah kira siap-siap rising time tu... Sebaiknya, lepas abes 1 jam 30 minit tu, terus keluarkan.. Kalau biar lagi dia akan naik lagi sampai terkeluar...



3. Dah siap tu, keluarkan doh tu, dan uli/tekan-tekan/tumbuk sikit sebab nak keluarkan udara dia...

4. Buat bulat-bulat adunan tu... Saiz ikut suka... Sosej potong dua-dua... Adunan ini saya buat dapat 12 bun... So I need 6 sausages... Saya tak sebut kat atas sebab ianya bergantung pada saiz yang anda buat... Kalau buat besar-besar, dapat less... Kalau buat lagi kecik daripada saya, dapat more...

5. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit... Then, sapukan sedikit butter di atas setiap bun tadi.

6. Siap untuk dimakan! Hehe... Makan panas-panas sedap niii...




Selamat mencuba :)

10 comments:

  1. sedapnyaa. hari tu kita try buat roti tapi jadi crusty. sedih betul :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lagi yang... practice makes perfect... ni pun setelah berkali-kali cuba... baru dapat macam ni... happy sgt bila dah tau cara :)

      Delete
  2. Alaa bestnye kak ade BM ni.. teringin nak belimm tp xpmdai nk pilih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi akak kan Ayu, tak perlu beli yang mahal2... Beli mcm ni pun, jadi gak roti... Hehe... Brand macam ni ada di Tesco, Giant, Carrefour/Aeon pun ada... cubalah cari... Harga biasa RM239... Akak beli promo RM199...

      Delete
  3. adik saya suka buat roti sosej ni.. hehe. eh, akak pun ada mesin roti tu? ummi saya pun ada. seronok ummi buat hari2. buat pizza la, buat roti la, macam2. hahaha

    ReplyDelete