Yahoo! Mungkin saya agak terlambat berbanding dengan orang lain namun
baru-baru ini saya berpeluang untuk merasa membeli-belah secara atas talian.
Walaupun hakikatnya sebelum ini saya mempunyai pandangan yang agak skeptikal
tentang online shopping namun ianya berubah sama sekali selepas saya menjumpai
satu best online boutique Malaysia.
Rasanya semua orang kenal online boutique ni kan? bukan saja the best in Malaysia, tetapi juga the first yang betul-betul berjaya :)
Oleh kerana saya adalah seseorang yang bekerjaya dan tidak mempunyai
masa untuk keluar semata-mata untuk bershopping, ada masanya saya merasa agak
stress. Tertekan kerana kekangan masa saya tidak dapat keluar ke shopping mall,
masuk ke dalam butik fesyen kegemaran saya dan beli produk yang saya mahukan.
Kadang-kala saya hanya mampu gigit jari melihat teman-teman rapat bergaya sakan
dengan baju ataupun akesori yang baru. Namun siapa sangka saya boleh dapatkan
semua itu dengan shopping online!
Saya tidak perlu ambil masa yang panjang untuk keluar shopping sedangkan
saya boleh buat dari mana-mana sahaja yang saya rasa selesa. Apabila saya berada di
pejabat dan rasa mahu kurangkan sedikit stress kerja, saya akan buka Malaysia
online boutique kegemaran saya dan browse produk yang saya mahukan. (Oopsss, kantoi :p) Dengan
hanya beberapa klik saya dapat buat pesanan dan tunggu sehingga ianya dihantar
terus ke rumah ataupun pejabat. Mudah sungguh! Duduk di kafe sambil menikmati
secawan hot cappucino pun dapat shopping online dengan menggunakan apps dalam
handphone.
The next thing I know, selepas beberapa hari, saya terima parcel dan dapat terus
gayakan apa yang dibeli dengan perasaan yang sangat puas! And honestly, once kita dah start, we can never stop! Selepas terima pembelian pertama, terus bukak online and browse for the second one pulak! Because it is soooo easy and sangaaaaat puas hati!
Sekurang-kurangnya dapat saya relieve
stress dan jadikan ia sebagai some kind of therapy! ;)
betul²..saya pun ratu shopping online...:)
ReplyDeleteKannn... memudahkan hidup kita kan? ;)
DeleteAyu slh sorg kaki on9 shopping tauu..
ReplyDeleteklu keluar tu nafsu nk mmbeli kurang
tp klu tgk on9
jd rmbng mata