Tuesday, 26 May 2015

Bottle-teaching session

Bila masa yang sesuai? Banyak mana? Macam mana caranya?

Inilah antara persoalan-persoalan yang biasa yang ibu-ibu hadapi selepas tempoh berpantang... Even bukan anak first pun, masih tertanya-tanya, is it the right time already? Sekarang boleh ke?

Insya Allah saya akan share beberapa tips supaya sesi mengajar botol kepada bayi anda akan menjadi sesi yang menyenangkan for both parties :)



Bilakah masa yang paling sesuai? 

Masa yang paling sesuai adalah semasa bayi berumur di antara 3 minggu hingga 4 minggu... Ini sangat penting ye... Tak boleh terlalu awal, tak boleh terlalu lambat... Not too soon, not too late...

Kenapa? Sebab kalau terlalu awal, baby akan menghadapi nipple confuse... And biasanya, baby akan lebih cenderung kepada botol susu, tanpa mengira susu apa pun di dalam botol tersebut kerana flow botol susu lebih mudah daripada breast kita... Dan bila ini terjadi, takut-takut baby dah tak nak direct feed dengan kita lagi... Larat ke nak pump je sepanjang masa?

And kalau terlalu lambat pula, baby dah terlalu selesa dengan direct-feeding, baby akan tolak apa-apa cara yang lain... Boleh juga kalau nak try feed dengan menggunakan sudu atau syringe, tapi sampai ke hati kita nak tengok baby menangis kelaparan je nanti?

Banyak mana?


Start dengan 2oz dulu... Yes this may seem too little, tapi perut baby baru lahir, sebesar anggur je... So 2oz pun dah mencukupi...



Lepas tu, semakin baby membesar, naikkan la sukatan tersebut mengikut keperluan baby...

Untuk permulaan, mulakan dengan satu botol/2oz sahaja sehari... Selepas seminggu dah pandai, naikkan 2 feed/botol sehari... Sampailah pada masa anda dah nak masuk kerja, biarlah 50% daripada feed dia adalah daripada botol... Let's say, sehari 10 kali dia mnum, maksudnya, 5 dari botol, 5 direct feed...


Macam mana caranya?

1. Pastikan orang lain yang bagi

This may seem like a small thing... Tapi deria bau baby sangat kuat... Kalau kite dekat pun, dia boleh kesan kan...

So ajar dia, bila mama dia ada, he/she can breatfeed as much as he/she wants... Tapi, kalau mama takde, dia kena minum guna botol susu :)

Walaupun kita still bercuti, tapi biarlah orang lain yang ajarkan... Suami ke, mak kita ke, pengasuh ke... Kalau anda dah tau pengasuh atau nursery mana anda nak hantar, you can even send your baby there half a day, or even a few hours... Just nak biasakan baby kita dengan orang lain pulak...

Kalau mak jugak yang ajarkan botol, talut baby nipple confuse jugak... Takut lepas ni baby tak nak direct feed....


2. Panaskan; test suhu

Panaskan dalam air panas (note: bukan air mendidih) atau warmer... Ingat, susu ibu tak boleh dipanaskan secara mendadak... 





Kalau guna air panas, buat a few times to get it hot gradually... Kalau warmer, dia dah memang setting supaya panas gradually...

Test susu tersebut sebelum memberikannya kepada bayi anda... Cara biasa yang digunakan untuk test kepanasan susu adalah dengan menitiskan beberapa titis susu pada pergelangan tangan anda...




3. Cuddle

Peluk dan berikan perhatian kepada bayi anda, sama seperti semasa kita breastfeed dia... This is just so that your baby do not rasa seolah-olah anda susukan dia menggunakan botol, sebab anda tak sayang dia... Reassure him/her that the love is still the same, it's just that mummy has to work... So only during office hours, dia kena minum guna botol susu :)

Jadi, cuddle dia, talk to him/her, caress your baby, and put down your smartphone :)


4. Jangan paksa

Banyakkan bersabar, jangan terlalu memaksa bayi anda... Ada baby yang senang, ada baby yang susah... Ada yang first try dah terus boleh... Ada yang seminggu baru pandai...

Observe reaksi baby... Jangan sampai dia stress... Jangan tunggu dia terlalu lapar... Kalau first try tak berjaya, esok cuba lagi... 

Breatfeeding mothers biasanya sangat sayang dengan susu yang dah dipam... Yelah, penat-penat kita pam kan... Tips: susu yang lebih tadi, boleh bagi kakak/abang yang lebih besar untuk habiskan :)


Good luck mommies!! :)

2 comments:

  1. Singgah pagi..
    Perkongsian yang bagus..
    untuk persediaan ada baby nanti :)

    ReplyDelete