Wednesday, 24 September 2014

Wordless Wednesday #10



Kesimpulannya: What doesn't kill you makes you stronger!!

(Boleh tak entry pendek cenonet macam ni :p)

Monday, 22 September 2014

Menyusu semasa Hamil

Untuk pengetahuan kawan-kawan, kandungan saya sekarang dah 12w... Dan saya masih menyusukan Al-Fateh... Masa mengandungkan Al-Fateh pun, saya masih menyusukan Sumayyah, sampailah die berumur 2 tahun... Tapi start mengandung tu, dah tak dapat la nak fully breastfeed... Sebab susu memang merudum sangat-sangat... Sapa-sapa ada yang boleh dan ada tips untuk fully breastfeed masa preggy, pls share!!!

Anyway, selalu timbul persoalan pada kaum ibu, bila dah mengandung, boleh ke nak menyusu lagi? 

Saya memilih untuk terus menyusukan sebab masa mengandung anak 2nd dulu, mak ada cerita... Sebenarnya, mula-mula Rasulullah dah kata tak boleh, sebab takut mudharat pada ibu dan kandungan dalam perut... Pastu baginda ada dengar ada kaum lain yang menyusukan anak semasa hamil, and takde pape pun... So baginda pun tarik balik, and said boleh kalau tak memudharatkan...

Saya pun google-google la untuk cari hadith tu... And jumpalah kat sini. Katanya "Terdapat hadith di dalam sahih Muslim di mana Rasulullah SAW bersabda, "Aku pada mulanya berhasrat menegah Al-Ghilah (menyusu semasa hamil) sehinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudharat pada anak-anak mereka (maka aku tak jadi menegahnya) (HR Imam Muslim)

So, mothers, boleh yeee... Cumanya, pandai-pandai la timbang keadaan diri anda ye... Kalau anda menyusu semasa preggy, jgn lupa, you are actually feeding 3 humans; yourself, the big one, and si kecik tu... So pastikan anda mendapatkan nutrien dan khasiat yang mencukupi... Laaaagi la anda memerlukan supplement... Susu pun kena minum banyak... Ingat, kesihatan kita pun penting... Sebab sapa nak jaga depa kalau kita pun tak sihat... And kalau ikut priority, we come in last... Baby dalam perut akan didahulukan, then anak yang menyusu, then barulah kita... Kalau mengandung biasa pun macam-macam boleh jadi pada kita, kalau menyusu semasa hamil, laagi la berisiko...



Menyusu semasa hamil
Nak putuskan susu, mama pun sedih... Huhu

Kenapa ye susu merudum bila hamil?

Semasa menyusukan anak, kandungan hormon prolaktin sangat tinggi dalam badan kita.. Jadi dapatlah badan kita menghasilkan susu dengan banyak... Tetapi, apabila kita hamil, hormon prolaktin akan berkurangan dan hormon progesterone pulak yang meningkat untuk accommodate the new baby.. Sebab tulah setengah orang, awal kehamilan terus susu merudum... Termasuklah saya... Hehe... Sampai boleh jadi tanda-tanda kehamilan tau... Bila susu merudum secara tiba-tiba (bukan nak period) dan berpanjangan je, buat UPT :)


Apa-apa pun, mintalah nasihat doktor yang cek anda ye... Especially kalau anda mempunyai kehamilan yang berisiko, pernah gugur, pernah melahirkan bayi pramatang, ataupun pernah mengalami pendarahan semasa mengandung... Other than that, Insya Allah xde ape :)

Hopefully this helps :)



Jom join keluarga Shaklee kami!


Wafee
NakShakleeCariSaya!
0123772115

Sunday, 21 September 2014

Gred solat

Arini saya just nak share sesuatu... perkara ni dok berlegar-legar dalam fikiran saya sejak akhir-akhir ni...

Masa sek men dulu, saya ada belajar, kalau kita dengar azan, janganlah kita berlari-lari berkejar-kejar pergi toilet/bilik air... Sebaik-baiknya, tunggu abes azan dulu, barulah masuk tandas/bilik air untuk qadha' hajat & siap-siap nak g solat...

Pelik tak? Sebab kita biasa dengar, kita kene awalkan solat kan? Apa reason yang diberikan oleh ustazah saya? Sebab kalau kita dengar je azan, pls note ye, ni dah start azan tau.. Kita pun berlari-lari ke toilet, kita dah menyerupai syaitan... Sebab depa pun dengar azan, berkejar-kejar ke toilet sebab takut...

Hmmm... Logik tak? biasalah, akal manusia ni, semuanya nak logik je... So saya pun simpan la ke tepi, dalam 'kotak KIV' saya, sementara saya mencari explanation yang lebih memuaskan hati...

Lama tau saya simpan.... Dari Sek Men sampailah sekarang... Sebab recently, barulah saya terjumpa artikel yang berikut...........


****************************************************************
5 Gred Solat

1. Gred E
Bila azan berkumandang, buat tak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berFB terus berFB, tengah tengok TV terus tengok TV dan seumpamanya...

2. Gred D
Bila azan berkumandang, dia perlahankan TV, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat

3. Gred C
Bila azan berkumandang, terus mengambil wudhu' dan solat

4. Gred B
Bila azan berkumandang, terus berwudhu' dan menuju ke masjid ataupun surau

5. Gred A
Bila azan berkumandang, sudah berada di masjid dalam keadaan berwudhu', dan sudah bersedia untuk solat

***************************************************************

See? Sebenarnya, sebaik-baik keadaan, is masa azan tu kita dah siap dah pun untuk solat... Bukannya dengar azan baru nak sibuk-sibuk... Especially lelaki la kan... Sebaik-baiknya, azan tu, you all dah berada di masjid atau surau dah pun....

Tapi itu sebaik-baiknya la... Orang macam tu dah level lain dah... Bagi saya, kalau lelaki yang pergi masjid even after azan pun dah cukup bagus dah :)

Sharing is caring :)



Jom join keluarga Shaklee kami!


Wafee
NakShakleeCariSaya!
0123772115


Friday, 19 September 2014

Tiada jalan pintas

Semalam, sampai 2 orang tegur saya dah kurus... That is too much for me as actually i have gained a few more kilos back...

Memang, memang saya dah turun 7kg sebelum raya aritu.. Tapi ni pun dah naik blk sbb dh preggy... Saya belum sempat tunjuk gambar kan.... Sebab lepas raya tu terus preggy.. Hehe... Tak sempat nak amek banyak gambar...


Sebelum
Selepas
*Haaa.... Nampak tak, nampak x? :p
Saja cari baju sama supaya you all boleh nampak :)

Nak dijadikan cerita, one of them ceritalah... Saya jugak yg tak turun2 kak... Akak sebut je ape produk yg ada di pasaran... Semua saya dah cuba...

Saya pun cuba la sebut a few... Yang saya tau lah... Ada yang dah pupus pun di pasaran... Ternyata, semua dia dah cuba..

Haa, akak tengok... Semua saya dah cuba... *Sambil menambah lagi produk-produk lain yang dia dah beli*...Melambak-lambak dah produk kurus kat rumah... Tapi semuanya tak menjadi...

Hmmmm... The thing is with orang kita ni, semuanya nak cepat... Beli je ubat kurus, dia ingat esok je dah slim... Beli je produk kecantikan, esok pagi bangun tdo terus tengok cermin dah cantik belum...

It doesnt work that way, sayanggg... Everything needs time & patience.... Consistency juga sangaaat penting dalam apa-apa proses pun... Jangan la usaha separuh jalan... There is no shortcut... Cuba ingat balik, berapa lama masa yang diambil untuk kita menternak lemak sebanyak tu? Bukan overnight jugak kan? So nak membuangnya pun mengambil masa...

Yang lepas bersalin pun sama... Janganlah sebab nak cepat sangat kurus balik, lepas bersalin terus diet.. Ingat tanggungjawab kita pada anak yang baru lahir tu... Utamakan nak menyusukan dia dulu... And ingat, it took you 9 months to gain that much... Jadi expect la 9 bulan jugak untuk dapatkan berat badan asal balik...

Peringatan je daripada saya... Bukan nak membebel... Hehe... Peace no war :)

Sharing is caring :)


P/S 1: Kalau anda pun nak kurus macam saya, dengan cara saya, boleh la contact saya ye... Saya akan guide anda :)

P/S 2: Nak tahu lebih lanjut pasal set kurus Shaklee, klik sini. Saya sendiri ambil Lecithin, Alfalfa & ESP. Tapi ni sebelum raya tau! Skrg dah preggy amek set hamil plak :)


Jom join keluarga Shaklee kami!


Wafee
NakShakleeCariSaya!
0123772115

Thursday, 18 September 2014

Best Friends For Life

Ni adek bawah saya... Two years younger than me...

Kitorang memang rapat la... No doubt about that... Kitorang kawen skali, 1st anak sebaya, 2nd anak sebaya, and now mengandung anak ketiga sama-sama :)

Anak first & second beza 6 bulan.. Maknanya, saya dah nak bersalin, barulah dia mengandung... Tapi semua menyusu sama-sama :) Jantina pun both sama; anak first girl and anak second boy.... 

Yang no 3 ni baru kesampaian nak mengandung sama-sama.... Banyak betul sama-sama entry ni... Huhu

Oh, lupa satu lagi... Dalam Shaklee pun sama-sama... Hehe 
Ku berangan nak naik pentas Mascel sama-sama :p

B-day Sumayyah & Fateh Jan 2014

Wednesday, 17 September 2014

Doakan kami

Minggu lepas, kami baru sahaja bayar deposit utk pergi menunaikan umrah... Cubaan kali kedua, I would say... Cubaan pertama kene tipu... Huhu... Lepas bayar deposit gak... Mak kata xpe, Allah nak ganti dgn yg lebih baik... Aku just anggap xde rezeki aku.... Maybe next time... N maybe that next time is now :) Yang first time dulu sblm kawen lagi, 4 years ago... Konon2 nk pegi ngan mak ayah... Tp xkesampaian...



Thursday, 11 September 2014

Lagi lagi Meal Shakes!

How can I NOT love Meal Shakes???

Sebelum kenal Shaklee:
  • Kakak selalu sembelit... Terkepit-kepit, menangis-nangis bila nak membuang... Boleh dikatakan memang everytime nak membuang, dia akan sembelit... Sampai dia dah fobia nak membuang...
  • Start hantar both anak saya, Maya & Fateh ke nursery, the first few days dah demam... Then selsema direct 1 week... Baru nak baik, jangkit balik... Masa tu pikir, inilah kot yang orang selalu cakap cabaran hantar nursery.... (sebelum tu hantar rumah pengasuh: baca sini)..
  • Kakak sangat-sangat picky bab makan... Badan pun tak naik... Mana nak naik, makan pun tidak...

Wednesday, 10 September 2014

Do I look pregnant?

Huhu... Biasa sebelum-sebelum ni, orang yang akan tanya saya, R U pregnant? (Because I DO look pregnant)... Tapi this time, saya plak yang kena tanya orang, Do I look pregnant? >_<

Sebab UPT dah buat, n sah positif... Tapi I DONT FEEL ANYTHING... Siap boleh naik slide kat Lost World of Tambun lagi... Huhu... 

Tapi 2 hari lepas, barulah g scan kat doc... baruuuulah percaya sebab dah nampak baby dah... Dah ada kepala tangan kaki dah rupenye anak mama ni :)



Sooo, nampaknya post saya lepas-lepas ni akan beralih arah ke pregnancy dan babies la plak ye... Hehe

Now tgh pikir, Iman ape plak ye lepas ni? :)




Wafee
NakShakleeCariSaya
0123772115