Sempena hari yang penuh barakah ni, I nak share pasal bersedekah... Mungkin you all memang dah biasa dengar kan... Tapi manusia ni memang selalu perlukan peringatan... Macam laki bini jugak... Walaupun kite tau die syg kt kite, tapi kadang2 kite nak jugak dgr die ckp "I Love You" kan??? hehe
Kelebihan Bersedekah
1. Murah rezeki
2. Merupakan kemenangan melawan syaitan
3. Dapat membersihkan harta kita
4. Menyucikan kita daripada dosa-dosa yang kecil
5. Menjauhkan kita daripada bala dan penyakit
6. Menggembirakan hati fakir miskin
7. Dapat memadamkan kemurkaan Allah SWT
8. Pelindung kepada api neraka
9. Memberi keberkatan kepada pemilik harta
10. Melembutkan hati yang keras
11. Menyamankan kediaman dan memadamkan api di dalam kubur
12. Sedekah kita akan menjadi payung atau pelindung kita di akhirat nanti
13. Dapat menambahkan berat mizan di akhirat sana
14. Membantu kita dalam meniti Titian Sirat
15. Sedekah boleh mengangkat darjat kita di Syurga nanti
Waaahhh... Banyak betul kelebihan bersedekah ni kaannn... Hmmm, kalau you all xcaye kan, saya nak seru you all... Cube je... Cube jeeeee.... Cube bg RM10 dkt Masjid, or Surau, or even your Mom, your adik kee.... Dalam masa 2-3 minggu, sure you all akan dapat balik duit tu... TAPI 3 kali ganda ok... Serious, try je... You'll be surprised :)
Ok lah, di sini saya nak share sket a few cara yang to me, cara yang paling senang nak bersedekah ni... Tak dapat buat semua, buat satu je pun boleh... N jangan lupa, ni saham kita di Akhirat jugak tau...
1. Bila-bila you all pergi makan kat luar kan, apa kata you all pilih je sapa2 yang tengah makan jugak... (Kalau takda duit, pilih yang tengah makan sorang pun xpe...hehe) Then you bgtau tuan kedai tu yang you nak belanja orang tu... Better keep it anonymous... Kalau tangan kanan bersedekah, tangan kiri pun tak boleh tau kan? Kite senang2 je dapat pahala, and orang tu mesti tersenyum je sepanjang hari :)
2. Beli a few pasang telekung or sepasang je pun takpa, and tinggalkan kat mana-mana surau or masjid yang you all singgah... Kalau lelaki beli kain pelekat pun takpe... Setiap kali orang menggunakan telekung or kain tersebut, you all akan dapat pahala... Amalan ni lagi best... Sampai you mati pun, setiap kali orang guna, pahala akan tetap jalan...
3. Dekat rumah you all mesti berlambak2 buku Yaasiin or buku-buku doa yang you all tak guna kan? Dapat dari kenduri kahwin la, dapat dari kenduri arwah la... Walaupun kita baca setiap malam Jumaat pun, mesti kita baca satu je kan? Yang lain buat perangkap habuk je... Why not you all sedekahkan je buku-buku tersebut ke Masjid-masjid or Surau-surau yang you suka... Macam nombor 2 jugak, setiap kali orang guna, kita akan dapat pahala :)
4. Beli stok gula-gula, or lollipop, simpan dalam bag or handbag... Setiap kali jumpa budak-budak, bagi satu... Bagi barang kat budak-budak lagi best tau... Suke tengok expression dorang :) Jangan parents dorang ingat kita nak culik anak dia sudah...hehe
5. Amalkan "keep the change"... Tak perlu banyak pun.... Sen-sen je pun takpe... Itu pun boleh menggembirakan hati orang lain tau...
6. Kalau semua di atas pun you all tak boleh buat, apa kata you all senyum je dekat orang sebelah you sekarang ni... Senyum pun sedekah jugaakkk... Hehe
Haaa... Senang je sebenarnya kan nak bersedekah ni... Kita tak perlu pun nak ada duit beribu-ribu ni untuk start bersedekah... Kita bagi je apa yang kita ada... And jangan khuatir, harta kita tak akan sedikit pun berkurangan kalau bersedekah... Bukan saya yang cakap, Allah yang cakap :)
So, bila nak start buat pelaburan akhirat ni? :)
Wafee
Shaklee ID: 1072565
wafeeshaklee@gmail.com
012-3772115 (SMS/Whatsapp)
No comments:
Post a Comment