Sunday, 1 June 2014

Fateh's first meal

Fateh bukan baru makan eh... Dah setahun lebih dah anak bujang saya tu... Dah macam-macam dah dia makan... Hehe

Tapi tujuan saya nak berkongi entri kali ni, sebab saya nak share sebenarnya mudahhh sangat nak buat puree buah-buahan dan juga sayur-sayuran ni....

Fateh's first meal dulu puree apple... And memang tu favourite dia... Masa kakak dulu, kakak nak makan bubur blended je... Tapi Fateh ni, bila dia makan bubur, dia jadi sembelit... Susah sangat nak membuang... So saya pun usaha la nak belajar macam mana nak buat puree ni... Rupanya senang je...


So sebelum you all opt for nestum, atau apa-apa makanan segera yang dijual di luar sana, cubalah buat puree dulu... Hatta Heinz baby food tu pun sama... Cuba bayangkan, untuk dia tahan selama tu, on the shelves, mesti dia ada tambah apa-apa preservatives kan? Baik la kita buat sendiri... Lagi natural...


First, kupas kulit buah apple dalam 2-3 biji...

Then, potong kecik-kecik supaya senang sikit nak masak...

Rebus dalam 10-15 minit...

baby puree



Tunggu sampai warna dia berubah kekuningan... Eh, apple memang kuning kan? Huhu... Warna dia macam apple yang dah lebam tau... Kiranya dah lembut la..

Then lenyek-lenyekkan, and masukkan dalam bekas kecik-kecik macam kat bawah ni... 

baby puree

Boleh simpan dalam fridge atau freezer supaya tahan lebih lama... Dalam fridge boleh tahan sampai seminggu, dalam freezer boleh tahan sampai 2 bulan.... Saya selalu buat stok seminggu.. So tak perlu la buat setiap hari kan... Tapi simple je nak buat ni... Nak buat every day lepas kerja pun boleh...

Nak buat puree lain pun macam ni jugak caranya... Boleh buat puree carrot, ubi keledek (sweet potato), pumpkin (labu)... Tapi kalau nak buat pisang, papaya, tak perlu rebus pun... Terus lenyek je... 

Selamat mencuba :)
Selamat bereksperimen :)


Jom join keluarga Shaklee kami!

Wafee
Your Friendly Shaklee Agent :)
SMS/Whatsapp: 0123772115

No comments:

Post a Comment