Sunday 21 September 2014

Gred solat

Arini saya just nak share sesuatu... perkara ni dok berlegar-legar dalam fikiran saya sejak akhir-akhir ni...

Masa sek men dulu, saya ada belajar, kalau kita dengar azan, janganlah kita berlari-lari berkejar-kejar pergi toilet/bilik air... Sebaik-baiknya, tunggu abes azan dulu, barulah masuk tandas/bilik air untuk qadha' hajat & siap-siap nak g solat...

Pelik tak? Sebab kita biasa dengar, kita kene awalkan solat kan? Apa reason yang diberikan oleh ustazah saya? Sebab kalau kita dengar je azan, pls note ye, ni dah start azan tau.. Kita pun berlari-lari ke toilet, kita dah menyerupai syaitan... Sebab depa pun dengar azan, berkejar-kejar ke toilet sebab takut...

Hmmm... Logik tak? biasalah, akal manusia ni, semuanya nak logik je... So saya pun simpan la ke tepi, dalam 'kotak KIV' saya, sementara saya mencari explanation yang lebih memuaskan hati...

Lama tau saya simpan.... Dari Sek Men sampailah sekarang... Sebab recently, barulah saya terjumpa artikel yang berikut...........


****************************************************************
5 Gred Solat

1. Gred E
Bila azan berkumandang, buat tak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berFB terus berFB, tengah tengok TV terus tengok TV dan seumpamanya...

2. Gred D
Bila azan berkumandang, dia perlahankan TV, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat

3. Gred C
Bila azan berkumandang, terus mengambil wudhu' dan solat

4. Gred B
Bila azan berkumandang, terus berwudhu' dan menuju ke masjid ataupun surau

5. Gred A
Bila azan berkumandang, sudah berada di masjid dalam keadaan berwudhu', dan sudah bersedia untuk solat

***************************************************************

See? Sebenarnya, sebaik-baik keadaan, is masa azan tu kita dah siap dah pun untuk solat... Bukannya dengar azan baru nak sibuk-sibuk... Especially lelaki la kan... Sebaik-baiknya, azan tu, you all dah berada di masjid atau surau dah pun....

Tapi itu sebaik-baiknya la... Orang macam tu dah level lain dah... Bagi saya, kalau lelaki yang pergi masjid even after azan pun dah cukup bagus dah :)

Sharing is caring :)



Jom join keluarga Shaklee kami!


Wafee
NakShakleeCariSaya!
0123772115


2 comments:

  1. sekarang ni dah kurang sangat yg gred A ni.. dulu2 time duk asrama memang gred a la, belum masuk waktu dah dduk dalam surau.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, betul gak kan Anne... Asrama dulu, tak pergi surau, siap lah... huhu

      Delete