Monday 22 September 2014

Menyusu semasa Hamil

Untuk pengetahuan kawan-kawan, kandungan saya sekarang dah 12w... Dan saya masih menyusukan Al-Fateh... Masa mengandungkan Al-Fateh pun, saya masih menyusukan Sumayyah, sampailah die berumur 2 tahun... Tapi start mengandung tu, dah tak dapat la nak fully breastfeed... Sebab susu memang merudum sangat-sangat... Sapa-sapa ada yang boleh dan ada tips untuk fully breastfeed masa preggy, pls share!!!

Anyway, selalu timbul persoalan pada kaum ibu, bila dah mengandung, boleh ke nak menyusu lagi? 

Saya memilih untuk terus menyusukan sebab masa mengandung anak 2nd dulu, mak ada cerita... Sebenarnya, mula-mula Rasulullah dah kata tak boleh, sebab takut mudharat pada ibu dan kandungan dalam perut... Pastu baginda ada dengar ada kaum lain yang menyusukan anak semasa hamil, and takde pape pun... So baginda pun tarik balik, and said boleh kalau tak memudharatkan...

Saya pun google-google la untuk cari hadith tu... And jumpalah kat sini. Katanya "Terdapat hadith di dalam sahih Muslim di mana Rasulullah SAW bersabda, "Aku pada mulanya berhasrat menegah Al-Ghilah (menyusu semasa hamil) sehinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudharat pada anak-anak mereka (maka aku tak jadi menegahnya) (HR Imam Muslim)

So, mothers, boleh yeee... Cumanya, pandai-pandai la timbang keadaan diri anda ye... Kalau anda menyusu semasa preggy, jgn lupa, you are actually feeding 3 humans; yourself, the big one, and si kecik tu... So pastikan anda mendapatkan nutrien dan khasiat yang mencukupi... Laaaagi la anda memerlukan supplement... Susu pun kena minum banyak... Ingat, kesihatan kita pun penting... Sebab sapa nak jaga depa kalau kita pun tak sihat... And kalau ikut priority, we come in last... Baby dalam perut akan didahulukan, then anak yang menyusu, then barulah kita... Kalau mengandung biasa pun macam-macam boleh jadi pada kita, kalau menyusu semasa hamil, laagi la berisiko...



Menyusu semasa hamil
Nak putuskan susu, mama pun sedih... Huhu

Kenapa ye susu merudum bila hamil?

Semasa menyusukan anak, kandungan hormon prolaktin sangat tinggi dalam badan kita.. Jadi dapatlah badan kita menghasilkan susu dengan banyak... Tetapi, apabila kita hamil, hormon prolaktin akan berkurangan dan hormon progesterone pulak yang meningkat untuk accommodate the new baby.. Sebab tulah setengah orang, awal kehamilan terus susu merudum... Termasuklah saya... Hehe... Sampai boleh jadi tanda-tanda kehamilan tau... Bila susu merudum secara tiba-tiba (bukan nak period) dan berpanjangan je, buat UPT :)


Apa-apa pun, mintalah nasihat doktor yang cek anda ye... Especially kalau anda mempunyai kehamilan yang berisiko, pernah gugur, pernah melahirkan bayi pramatang, ataupun pernah mengalami pendarahan semasa mengandung... Other than that, Insya Allah xde ape :)

Hopefully this helps :)



Jom join keluarga Shaklee kami!


Wafee
NakShakleeCariSaya!
0123772115

4 comments:

  1. great piece of sharing, tapi saya tak ada pengalaman ni lagi...heee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Ash kecik lagiii... Biar dia manja puas2 dulu :)

      Delete
  2. salam kenal wafee.. heee saya pun pernah menyusukan yang first masa tgh preggy second.. masa yg second lahir n dalm pantang yang first pun nak nyusu gak..tapi lepas sminggu dia sendiri tanak sbb dia kata itu baby punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak 1st saya pun sendiri xnak masa kolostrum tu... Rasa lain kot... Hehe

      Delete