Saturday 18 October 2014

Tips menghadapi jerebu

Jenis-jenis Masalah Kesihatan Akibat Jerebu

Jerebu boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada semua golongan terutamanya kanak-kanak, orang tua, pesakit lelah dan pesakit berkaitan pernafasan yang lain, ibu hamil, mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah, perokok dan lain-lain lagi. 

Pendedahan kepada udara tercemar seperti jerebu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit, mata, penyakit paru-paru seperti lelah, bronkitis, resdung dan sekiranya berpanjangan boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, darah tinggi dan juga kematian. Terdapat bukti yang menunjukkan pendedahan udara tercemar secara berpanjangan juga boleh membantut perkembangan paru-paru di kalangan kanak-kanak.


Panduan Hadapi Jerebu

Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesama, asma, sakit mata, jantung atau penyakit paru-paru kronik perlu ke klinik dengan segera jika keadaan bertambah buruk.

i) Golongan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti dinasihatkan dan suplimen tambahan sebagai pencegahan awal

ii) Orang ramai dinasihatkan tinggal di dalam bangunan atau rumah

iii) Orang ramai perlu sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

iv) Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (IPU melebihi 100)

v) Minum air yang banyak

vi) Pakai penutup hidung (nasal mask) terutama sekali bagi semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau tempat berhabuk.

vii) Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa dan sanak saudara yang berpenyakit tidak dibenarkan merokok dalam rumah

viii) Jika kenderaan berhawa dingin sentiasa guna dan elakkan membuka cermin kereta

ix) Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.


Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Hadapi Jerebu

Berikut adalah cadangan vitamin Shaklee yang boleh diambil terutamanya pada musim jerebu iaitu:

1) Vivix

2) Nutriferon

3) Chew Vita-C Plus

4) CoQHealth

5) Garlic Complex

6) Performance Drink

7) Omega Guard

Credit: Dr Najihah

2 comments:

  1. tq for info Wafee,...anak k.linda pun dua2 dah semput dahh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi makan vitamin C kak... Anak2 saya ada tanda2 nak sakit sikit je, saya bagi vitamin C... vitamin C ni elok macam pendinding kita dari penyakit2 biasa...

      Delete