Cara-cara mengerjakannya
1. Niat
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Dhuha, dua rakaat, kerana Allah Ta'ala.
2. Pada raka'at yang pertama, bacalah Alfatihah dan surah Asysyams (optional, boleh je nak baca surah lain pun)
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Dhuha, dua rakaat, kerana Allah Ta'ala.
2. Pada raka'at yang pertama, bacalah Alfatihah dan surah Asysyams (optional, boleh je nak baca surah lain pun)
Maksudnya:
1. Demi matahari dan waktu Dhuhanya
2. Demi bulan apabila ia mengiringinya
3. Demi siang apabila ia menjelma dengan jelas dan nyata
4. Demi malam apabila ia menjelang dengan gelap gelita
5. Demi langit dan pembinannya
6. Demi bumi dan penghamparannya
7. Demi jiwa yang sempurna ciptaannya
8. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa tersebut jalan kefasikan dan jalan ketakwaan
9. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
10. Dan rugilah mereka yang mengotorinya
11. Ingatlah, kaum Tsamud telah mendustakan rasul mereka dengan perbuatan mereka yang melampaui batas
12. Ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka
13. Lalu berkata kepada mereka Rasul Allah (Nabi Soleh) "biarkan unta betina Allah meminumnya"
14. Maka mereka mendustakannya dan menyembelih unta tersebut, dan Tuhan mereka telah membinasakan mereka akibat dosa mereka itu, dengan menyamaratakan mereka dengan tanah
15. Dan Allah tidak takut dengan akibatnya
3. Pada raka'at kedua, baca surah Alfatihah dan surah Dhuha (optional jugak, boleh baca surah lain)
Maksudnya:
1. Demi waktu Dhuha
2. Demi malam apabila telah sunyi
3. Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan tidak pula membencimu
4. Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu daripada permulaan
5. Dan kelak pasti Tuhanmu akan memberimu kurniaanNya, dan kamu berasa puas
6. Tidakkah Tuhanmu mendapati kamu yatim, lalu Dia melindungimu?
7. Dan tidakkah Dia mendapati kamu bingung, lalu Dia berikan hidayah?
8. Dan tidakkah Dia mendapati kamu kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan?
9. Adapun terhadap anak-anak yatim, janganlah kami lakukan sewenang-wenangnya
10. Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah kamu mengherdiknya
11. Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut-nyebutnya dengan syukur
4. Di sujud yang terakhir, bacalah doa ini 3 kali
Maksudnya: Dan berikanlah kepadaku, Wahai Yang Maha Pemberi, ilmu dan hikmah. Dan berikanlah aku rezeki, Wahai Pemberi Rezeki. Dan permudahkanlah segalanya bagiku.
5. Selepas salam, bacalah doa ini
Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, dan keindahan itu adalah keindahanMu, dan kecantikan itu kecantikanMu, dan kekuatan itu merupakan kekuatanMu, dan kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku di langit, maka turunkanlah, dan jika ianya di dalam bumi, keluarkanlah, dan jika ianya sukar, maka permudahkanlah, dan jika ianya haram, maka sucikanlah, dan jika ianya jauh, maka dekatkanlah. Berkat waktu DhuhaMu dan keindahanMu, dan kecantikanMu, dan kekuatanMu, dan kekuasaanMu, maka limpahkanlah kepada kami apa yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Kalau ada doa-doa khusus yang personal, bolehlah selit lepas baca doa ni ye...
Saya saja letak maksud-maksud doa dan juga surah Asysyams & Dhuha, sebab walaupun panjang and saya tau ramai yang malas baca... Tapi cuba you all baca, the meaning is soo beautiful...
Ok, selamat beramal! :)
Wafee
Your Shaklee Independent Distributor
SMS/Whatsapp: 0123772115
Alhamdulillah kak ana dan suami menjadikannya satu amalan harian dan Alhamdulillah sangat memberi impak dalam kehidupan di atas muka bumi ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah kak Ana... Saya pun tengah berusaha keras nak jadikan Solat Dhuha ni amalan harian :)
Delete